Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Guru & Pasangan Dipenjara, Didakwa Lakukan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak

Seorang timbalan guru besar di sebuah sekolah rendah di Wigan, England dipenjara 13 tahun selepas mengaku bersalah atas 18 pertuduhan jenayah seksual terhadap kanak-kanak termasuk dua kes rogol, lapor Daily Mail.

Tertuduh wanita, 44 dan pasangannya, 52 didakwa merakam tindakan mereka mendera dan memperkosa kanak-kanak berusia bawah 13 tahun dalam beberapa video. Tambah Daily Mail, pasangan wanita itu kini berhadapan hukuman penjara selama 16 tahun selepas mengaku bersalah atas 34 tuduhan.

Mengulas lanjut, wanita itu disifatkan sebagai guru yang baik dan dihormati oleh para ibu bapa kepada murid-murid di sekolah terlibat sekaligus mengejutkan mereka dengan jenayah dilakukannya.

“Saya terkejut. Dia seakan ada personaliti berbeza (split personality),” kata salah seorang waris seperti ditulis portal berkenaan.

“Dia nampak baik di sekolah, tapi macam mana dia boleh lakukan perkara sangat terkutuk. Dia patut dipenjarakan lebih lama.”

“Apa yang dia lakukan sangat menakutkan. Dia adalah orang kepercayaan ibu bapa untuk menjaga anak-anak. Saya bersimpati kepada kanak-kanak terlibat, tapi saya percaya semua waris di sekolah ini lega ia tidak melibatkan murid,” tambah waris yang lain.

Menurut Daily Mail, kedua-dua tertuduh telah melakukan komunikasi jelik dengan mangsa mereka yang dianggap ‘barang permainan’. Rahsia pasangan itu terbongkar setelah pihak polis menggeledah dan merampas peralatan digital di rumah suspek serta menemui rekod perbualan dan rakaman aksi jenayah mereka.

Pasangan itu dilaporkan cuba melarikan diri daripada pihak polis menaiki van perkhemahan dengan membawa £10,000 (sekitar RM56,187).

Sumber: Daily Mail

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.