Siakap Keli
Gambar: Facebook Masjid Bandar Bukit Raja

Masjid Bandar Bukit Raja ‘Buka’ Pintu Jadi Pusat Perlindungan, ‘Rumah’ Untuk Mangsa Banjir Tanpa Mengira Agama

Prihatin dengan keadaan mangsa banjir besar yang melanda kawasan Lembah Klang baru-baru ini, pihak Masjid Bandar Bukit Raja telah menjadikan bangunan tersebut sebagai salah satu pusat perlindungan sementara untuk para penduduk yang tinggal berhampiran.

Menurut laman Facebook rasmi masjid berkenaan, biarpun ia belum dibuka secara rasmi sepenuhnya, bangunan tersebut kini menempatkan para penduduk terjejas tanpa mengira bangsa dan agama.

Pihak masjid cuba sediakan fasiliti seadanya biarpun masih banyak kekurangan, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Masjid Bandar Bukit Raja, Md Nazri Mohamed Nor. Buat sementara ini, kita cuba menyediakan keperluan dengan bantuan penduduk untuk menjaga kebajikan mereka yang berada di sini, tambahnya.

Kongsi pihak masjid, mereka turut dibantu para penduduk turut secara gotong royong menyediakan makanan bagi mereka yang berteduh di masjid tersebut sementara menunggu banjir surut.

Sumber: Masjid Bandar Bukit Raja

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.