Siakap Keli
Kredit: Utusan Malaysia

Profesor Jepun Berjaya Hasilkan Prototaip Skrin Televisyen Yang Boleh Keluarkan Rasa Makanan

TOKYO: Seorang profesor di Jepun telah berjaya mencipta prototaip skrin televisyen yang dapat mengeluarkan rasa pelbagai jenis makanan untuk memberikan pengalaman unik kepada pengguna.

Skrin tersebut telah dinamakankan “Taste the TV” dan dihasilkan dengan menggunakan 10 jenis perisa yang disembur atas lapisan filem bersih.

Selain itu, lapisan filem itu juga akan diletakkan atas skrin televisyen yang rata dan boleh dirasai oleh pengguna.

Menurut Prof. Homei Miyashita dari Universiti Meiji, teknologi itu turut menggalakkan orang ramai untuk berhubung dengan dunia luar terutamanya ketika pandemik Covid-19 masih berlangsung sehingga kini.

“Tujuan utama adalah untuk memberikan pengalaman kepada orang ramai pengalaman seperti makan di restoran, walaupun anda sebenarnya hanya duduk di rumah,” katanya.

Projek itu dilakukan oleh Miyashita dengan kerjasama daripada 30 pelajarnya yang menghasilkan pelbagai alatan berkaitan skrin itu. Antara alatan berkaitan skrin yang dihasilkan ialah garfu.

Menurut Miyashita lagi, prototaip itu bakal melibatkan kos sebanyak 100,000 yen (RM3,675) untuk dikomersialkan.

Sumber: Utusan Malaysia

Akhmar Ikmal