Mesti ramai peminat-peminat mobile game terkenal iaitu Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) sekarang ni tengah syok dok stream tengok team yang hebat-hebat berentap untuk rebut gelaran juara dunia dalam Kejohanan Dunia MLBB 2021 / MLBB M3 World Championship kan.
16 pasukan terkuat rebut gelaran juara dunia serta wang tunai bernilai USD 800,000
Untuk pengetahuan korang kejuaraan yang bermula dari 3 Disember sehingga 19 Disember ni diadakan di Singapura tau. Sebanyak 16 pasukan yang datang dari pelbagai negara seperti Brazil, Amerika Syarikat, Indonesia, Filipina, Cambodia dan banyak lagi telah dikumpulkan bagi merebut gelaran juara dunia MLBB M3 ni beserta hadiah wang tunai terkumpul sebanyak USD 800,000.
Todak dan Team SMG bawa nama Malaysia berentap dengan pasukan terbaik dunia
Paling menarik sekali, dalam tournament kali ni, terdapat dua team yang membawa nama Malaysia untuk bersaing dengan pasukan-pasukan terhebat di dunia. Team yang dimaksudkan itu adalah TODAK dan Team SMG.
So, korang semua yang memang kaki main Mobile Legends atau yang minat dengan mobile game terkenal ni, teruskan sokong diorang tau!
KOL Carnival
Bagi menyambung kemeriahan event tersebut, syarikat Moonton juga turut mengadakan KOL carnival yang bakal bermula pada 20 Disember 2021 sehingga 2 Januari 2022. Pasukan-pasukan KOL yang terlibat adalah dari Malaysia, Filipina dan Indonesia. Diorang ni terdiri daripada influencer terkenal daripada Facebook, YouTube dan TikTok.
Influencer Malaysia yang akan ikut serta dalam KOL Carnival ni, korang mesti kenal punya. Nama-nama besar seperti Soloz, Daddy Hood, XK penjahat, Ombong haha dan Ikuto. Dah nampak nama-nama hebat tu kan? Korang yang minat Soloz ni confirm akan teruja punya. Manakan tidak, mesti tak percaya Soloz nak buat comeback beraksi dalam KOL Carnival ni kan.
Manakala, Team yang bakal lawan dengan team Malaysia ni pun bukan calang-calang juga.
Untuk player yang akan mewakili Filipina ni pun semua star. Mereka adalah Bobong Gamer, Thirdy Gaming, Sumpak, Coco Sampang dan Magedad.Yuji. Bagi team Indonesia pula mereka diwakili oleh nama-nama besar seperti Kelvin Gaming, Bassklemens, Bkent, Dwiwoii dan Markocop.
Mesti best punya dapat tengok event ni. Yelah, dah lama tak tengok diorang ni berentap dalam tournament. Haa, kalau macam tu, pastikan anda semua lock tarikh ni siap-siap supaya korang tak terlepas nak tengok diorang ni main. Jangan lupa nanti sokong team yang mewakili Malaysia tak kira la untuk match M3 atau match KOL Carnival ni okay.
M3 Pass
Kepada pemegang-pemegang M3 Pass, Mobile Legends menawarkan pelbagai ganjaran menarik sehingga 2/1/2022 nanti seperti Skin untuk hero korang serta Effects, Emotes dan banyak lagi lah. So, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan pelbagai tawaran menarik
Tapi nak dapatkan semua ni, korang mestilah melengkapkan mission yang telah ditetapkan tu. Nak tahu apa dia? Ha jom tengok ni.
- Selesaikan task M3 Pass anda dan sertai acara berkaitan dengan M3 untuk mendapatkan M3 Pass EXP yang boleh digunakan untuk upgrade M3 Pass korang tu.
- Belanjakan Diamond untuk unlock ganjaran premium dalam Pass, M3 Exclusive Epic Skin – Roger “Phantom Ranger” dan banyak lagi.
- Upgrade Pass korang untuk mendapatkan ganjaran yang berupa M3 Exclusive Model Figure, Prime Skin – Roger “Fiend Haunter”, Effects, Emotes, Sacred Statue – Roger “The Warlord”, etc. Nilai keseluruhan ganjaran ni bernilai lebih daripada 20000 Diamonds tau!
- Sertai dalam Team Support untuk menyokong pasukan kegemaran korang dan dapat Pass EXP.
- Korang akan dapat 1 percubaan support setiap hari dan boleh beli banyak-banyak kalau korang nak dengan gunakan Diamonds.
- Dengan membeli emotes team support pun korang akan diberikan dengan Pass EXP tau.
- Selepas acara support tu tamat, pasukan yang mendapat support terbanyak akan ditabalkan dengan anugerah “Pilihan ‘pemain’: Pasukan M3” di Kejohanan Dunia M3 itu.
Ranked Boost
Ganjaran untuk korang tak berhenti dekat tu je. Ni ada lagi yang Moonton nak bagi khas untuk korang iaitu event Ranked Boost. Event ni akan berlangsung pada 4/12 sampai 2/1/2022 je tau. Nak tahu apa yang korang boleh dapat, baca ni:
- Gunakan M3 Banner of Morale untuk mengaktifkan boost dalam peringkat pemilihan hero untuk dapatkan M3 Pass EXP pada akhir perlawanan nanti.
- Pass EXP ni akan dijamin selagi korang aktif dalam perlawanan. Lebih banyak Pass EXP yang korang akan dapat kalau perlawanan tu korang menang tau.
Jangan ketinggalan untuk dapatkan perkembangan terkini dari MLBB di
https://www.facebook.com/MobileLegendsGameMalaysia/