Siakap Keli

(Video) Ramai Tertanya-tanya Macam Mana Hujan Diukur & Dicerap, Pakai Alat Apa? Ini Jawapannya

Hujan lebat berterusan yang melanda negara ini beberapa hari lalu menyaksikan kenaikan air sehingga menyebabkan banjir dahsyat di Lembah Klang. Ekoran dari bencana itu, ramai yang kehilangan tempat tinggal dan angka kematian akibat lemas juga dilaporkan terus meningkat.

Menurut MetMalaysia, taburan hujan tinggi berlaku disebabkan oleh Lekukan Tropika yang memasuki negara ini dan bergerak ke arah barat.  Malah, hujan yang turun dalam masa sehari itu juga dikatakan bersamaan dengan sebulan.

Melihat keadaan ini, pernah tak korang tertanya-tanya mengenai kiraan taburan hujan? Bagaimana pihak kaji cuaca di negara kita dan dunia ini boleh mengira taburan hujan dengan tepat? Apakah alat yang digunakan? Untuk mengetahuinya, ikuti perkongsian di bawah ini.

Pengukuran atau kiraan hujan yang paling biasa ialah jumlah kedalaman hujan dalam tempoh tertentu yang dinyatakan dalam milimeter (mm). Ahli meteorologi dan penyelidik telah membangunkan banyak peranti atau alat pengukuran yang membolehkan mereka mengkaji kebolehubahan melampau hujan.

Alat kira hujan

Di negara kita, terdapat dua kaedah yang digunakan untuk pencerapan hujan iaitu menggunakan alat konvensional dan peralatan automatik.

Tolok hujan konvensional

Bagi yang masih belum tahu, alat konvensional adalah tolok hujan (rain gouge) yang berbentuk silinder berdiameter 5 inci dan berketinggian 18 inci. Dengan menggunakan alat itu, pengumpulan dan bacaan hujan dibuat setiap hari secara manual.

Tolok ini berfungsi ‘menangkap’ hujan yang turun dalam pengumpul berbentuk corong yang dipasang pada tiub pengukur. Diameter pengumpul alat itu adalah 10 kali ganda daripada tiub dan ia berfungsi dengan membesarkan cecair menggunakan faktor 10.

Menariknya, membesarkan hujan dengan cara ini membolehkan pengukuran tepat dilakukan hingga ke tahap 100 inci. Jumlah yang melebihi kapasiti tiub akan masuk ke dalam kulit luar tolok yang membolehkan pakar mencurahkan cecair ke dalam tiub dan mengisinya semula jika perlu.

Tipping bucket

Alat ini digunakan secara meluas kerana harga yang sangat berpatutan, data yang konsisten dan mudah untuk kalibrasi dilakukan. Tipping bucket mempunyai corong penerima yang akan membawa air hujan kepada dua bekas yang berkedudukan jongkang jongket.

Apabila bekas tersebut telah mengumpul sebanyak 0.2 mm air hujan, jisim tersebut menyebabkan bekas itu tersendeng ke bawah dan mengosongkan ruangnya. Setiap kali bekas tersendeng  ke bawah, ia akan menghantar isyart elektrik dan ini membolehkan jumlah air hujan direkodkan mengikut masa.

Maksimum air hujan yang dapat dikesan dengan menggunakan cara itu adalah sebanyak 200mm sejam.

Weighing precipitation

Tolok hujan penimbang ini adalah optimum untuk kegunaan klimatologi kerana vakum yang menyumbang kepada kesan angin membolehkan lebih banyak hujan memasuki pengukur.

Difahamkan, tolok ini sangat tepat dalam mengukur intensiti hujan kerana mekanisme penimbang di bahagian bawah pengumpul boleh digunakan untuk mengukur kedalaman dan masa secara serentak.

Rakaman hujan dijalankan dengan cara yang sama seperti versi lama tipping bucket.

Sumber: MetMalaysia, MetOfficeUK, Maximum

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.