November lalu, syarikat automotif tempatan Perodua akhirnya meluncurkan model Perodua Myvi versi dipertingkat atau facelift dengan wajah baru yang lebih segar.
Memetik laporan Astro Awani, generasi ketiga Myvi ini dilancarkan pada 18 November lalu dan menelan belanja sebanyak RM50 juta untuk dibangunkan. Model Myvi generasi ketiga ini mengutamakan faktor keselamatan, baik dari sisi pemandu mahupun pejalan kaki.
Harga Myvi facelift 2022 bermula dari RM45,700 hingga RM58,800. Sangat berpatutan jika diambilkira fungsi-fungsinya yang telah diperbaik. Maka tak hairanlah model Myvi ‘baru’ ni menerima lebih 4,000 tempahan selepas sembilan hari tempahan dibuka.
Penambahbaikan pada model Myvi ‘baru’ ni dikatakan mampu membuat pemanduan terasa lebih selesa dan nyaman. Selain penampilannya yang lebih sporty, Myvi 2022 ini turut dilengkapi serangkaian fitur dengan teknologi canggih, ciri keselamatan yang lebih baik dan lebih jimat bahan api.
Bercakap tentang teknologi terkini pada model ni, pemilik ‘King Myvi’ versi baru dah ‘teroka’ ke belum fungsi-fungsi yang ada pada kereta korang? Rugi la beli kereta paling latest tapi tak tahu kelebihan yang ada pada kereta sendiri kan.
Kalau korang nak tahu, Myvi facelift 2022 diterapkan macam-macam fungsi yang canggih seperti lampu tinggi automatik, auto door lock, adaptive cruise control dan siap boleh tukar mod pemanduan lagi. Nak tahu lebih lanjut macam mana fitur-fitur ni berfungsi, tonton video penuh di bawah.
@wapcar_adrian Fitur baru & canggih dalam King Myvi baru! #PeroduaMyvi2022 #reviewkereta #WapCar
Sumber: TikTok WapCar