Siakap Keli
Kredit : Instagram carolina.mccauley

(Video) Wanita Berkongsi Resipi DIY Mudah ‘Penghalau Habuk Ajaib’, Hanya Guna 5 Bahan Sahaja

Berhabuk? Sudah macam salji menutupi kabinet rumah. Apa yang boleh dibuat kalau jadi macam ini? Sudah banyak kali lap, tetapi masih berhabuk.

Jangan risau, ada seorang wanita berkongsi resepi untuk ‘menghalau’ habuk dari rumah anda.

Menerusi perkongsian dari Daily Mail, seorang ibu dari Perth telah mendedahkan resepinya, iaitu penghalau habuk DIY, yang akan menjadikan rumah anda bebas daripada habuk degil.

Carolina McCauley, terkenal sebagai genius helah pembersihan rumah, telah berkongsikan video helah rumah tanpa habuk dengan hanya menggunakan lima bahan dari rumah sahaja.

Gabungan antara minyak zaitun. ekstrak sitrus, suka, air dan sabun telah menyelesaikan masalah habuk yang dialami oleh setiap suri rumah.

Cara-caranya ialah :

  1. 1/2 sudu minyak zaitun. Bantu menangkis habuk.
  2. 1 sudu cuka. Bantu membunuh hama habuk.
  3. 1/2 cawan air.
  4. 2 titis sabun pinggan mangkuk.
  5. 10 titis minyak pasti lemon.

Larutkan kesemua bahan-bahan tersebut ke dalam mangkuk atau jag dan masukkan ke dalam botol semburan. Kemudian, semburkan pada kain mikrofiber sebelum mengelap.

Carolina juga mencadangkan untuk menggunakan ‘penghalau habuk ajaib’ ini sekali seminggu untuk memastikan rumah bersih tanpa habuk.

Penghalau habuk ini boleh digunakan di mana-mana permukaan rumah yang berdebu, seperti kabinet rumah, meja sisi katil dan lampu.

Video terebut telah mendapat perhatian warganet dan pelbagai helah lain yang turut dikongsikannya di Instagram miliknya.

Sumber : Daily Mail

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.