Negara kita baru dikejutkan dengan fenomena banjir besar yang melanda beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang dan beberapa negeri lain akibat hujan yang berterusan.
Namun jauh di sudut lain, pernahkah anda terdengar ura-ura yang mendakwa sebahagian Pantai Barat di Lembah Klang disyaki akan tenggelam menjelang 2030? Dakwaan ini pernah menggemparkan rakyat Malaysia satu ketika dahulu.
Secara teknikalnya, kita perlu ‘memperakui’ ramalan-ramalan yang dibuat oleh pihak meteorologi, astronomi dan berkaitan dengannya. Soalnya, bagaimana jangkaan paras banjir sesuatu tempat itu dikira?
Adakah rumah yang anda duduki itu berada di kawasan bawah paras banjir? Bagi merungkai persoalan ini, mari ikuti perkongsian oleh Wan Hasifi Amin seperti di bawah. Semoga bermanfaat!
Guna aplikasi ni untuk ‘check’ lokasi rumah di bawah paras banjir atau tidak

Aplikasi Artificial Intelligence (AI) Climate Central ini menunjukkan sebahagian besar daripada bandar-bandar besar di Selangor berada di Bawah Paras Banjir Tahunan pada tahun 2030. Adalah sekitar 8 tahun lebih lagi. Tak lama pun lagi kan?
Bandar besar yang dimaksudkan adalah seperti Shah Alam, Setia Alam, Kuala Selangor, Jeram, Tanjung Karang, Kapar, Telok Panglima Garang dan bandar-bandar lain. Negeri-negeri lain di Malaysia juga banyak yang terlibat.
Rakan-rakan sekalian boleh cek lokasi rumah masing-masing juga. Adakah rumah anda berada di bawah paras bajir dalam tempoh lebih kurang 8 tahun lagi. Saya sudah cek dan rumah saya berada dalam zon bawah paras banjir tahunan. Baru-baru ini pun memang rumah saya di Shah Alam sudah pun dilanda banjir.

Ada dua persoalan sekarang ini. Yang pertama, boleh percaya ke teknologi Artificial Intelligence yang disediakan oleh Climate Central ini?
Untuk pengetahuan semua, saya pun rasa sedikit skeptikal pada mulanya. Namun, setelah membaca latar belakang badan dan orang-orang yang mengusahakan aplikasi ini, saya rasa yakin dengan anggaran yang ditunjukkan oleh aplikasi ini.
Aplikasi ini ditaja oleh Universiti Yale yang merupakan salah sebuah universiti bertaraf Ivy Leage dan yang antara yang terbaik di dunia. Pengusahanya pula terdiri daripada beratus orang cerdik pandai.
Persoalan yang kedua pula. Bersediakah kita?
Sering kali dengar orang bercakap tentang ‘climate change’, ‘clean energy’ dan sebagainya. Namun, sejauh manakah masyarakat terutamanya para pemimpin kita menghayati perkara ini?
Adakah sekadar topik untuk mengisi slot diskusi atau diikuti dengan tindakan. Sempatkah kemajuan teknologi sekarang bergerak untuk memulihkan bumi yang semakin hari semakin tenat ini.
Mampukah revolusi berlaku dalam sekitar 8 tahun ini. Mampukah Malaysia? Mampukah dunia? Semakin hari, lapisan ozon semakin nipis, suhu di kutub semakin meningkat, ais di kutub semakin mencair dan kesannya paras air laut semakin meningkat di seluruh dunia. Mampukah kita?
URL Central Climate di SINI.

Sumber: Wan Hasifi Amin