Ketua Polis Johor, Komisioner Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay secara rasminya dilantik menjadi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, mengantikan Datuk Razarudin Husain yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara baharu.
Setiausaha PDRM, Deputi Komisioner Ruslan Khalid dalam kenyataan, hari ini, berkata, Ketua Polis Kedah, Komisioner Dato’ Kamarul Zaman Mamat akan menggantikan Ayob Khan sebagai Ketua Polis Johor.
Beliau berkata, Timbalan Pengarah (Integriti), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Deputi Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad akan bertukar sebagai sebagai Ketua Polis Kedah dengan memangku pangkat Komisioner.
Katanya, semua pertukaran jawatan ini berkuatkuasa mulai 25 Januari depan.
Sumber: FB PDRM