Siakap Keli
Gambar: @changing_shade

(Video) Terus Lenyek, Detik-detik Kereta Remuk Ditimpa Tembok Batu Jadi Viral

Satu video yang memaparkan sebuah tembok di kawasan perumahan yang terletak di Taman Yulek, Cheras telah menjadi tular di media sosial.

Video yang dirakam kamera pengawasan litar tertutup (CCTV) dari sebuah rumah menunjukkan kawasan tembok tinggi itu berada dalam keadaan normal sahaja.

Namun begitu, tidak berapa lama kemudian, simen yang melitupi tembok itu secara tiba-tiba telah runtuh.

Dapat dilihat bahawa selepas sahaja tembok itu runtuh, terdapat air yang mengalir di kawasan dalam tembok yang telah runtuh itu.

Kejadian itu juga telah menyebabkan sebuah kereta yang diparkir di kawasan tersebut terhempap dan rosak.

Tidak dapat dipastikan berkenaan apakah sebenarnya yang menjadi punca tembok itu runtuh.

Pun begitu, video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 58 ribu kali.

Sumber: @changing_shade

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.