Siakap Keli

Jalan Belum Dibuka & Dalam Pembinaan, “Manhole Cover” Hanya Diletak Sementara & Belum Dipasang – Perkongsian Netizen

Tular beberapa foto manhole cover hari ini di atas sebuah jalan di belakang Times Square, Jalan Baru dari TRX/LalaPort dan ia menjadi pertanyaan netizen kerana ada yang beranggapan ia membahayakan pengguna jalan berkenaan.

Hasil perkongsian netizen, jalan raya tersebut sebenarnya belum dibuka untuk kegunaan kenderaan dan masih dalam pembinaan.

Manakala manhole cover itu hanya diletakkan dikawasan itu untuk sementara sebelum dipasang di lokasi lain di jalan berkenaan.

Malah, ada juga yang memberitahu bahawa di bahagian depan jalan berkenaan sudah diletakkan dengan kon halangan yang tidak membenarkan kenderaan melalui kawasan itu.

Bagaimanapun, perkara tersebut dilapor sudah diselesaikan apabila Ahli Parlimen Kangar, YB Amin Ahmad memuat naik gambar manhole cover berkenaan dialihkan menggunakan jentera berat, backhoe.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.