Siakap Keli
Gambar via Facebook

Jeram Toi ‘Tinggal Kenangan’, Lebih Kurang 70% Musnah Akibat Banjir Di Jelebu

Bagi warga Negeri Sembilan, nama Jeram Toi mungkin sudah tak asing lagi tambahan pula bagi penduduk sekitar Jelebu.

Jeram Toi merupakan salah satu tarikan di Hutan Simpan Berembun yang terletak kira-kira 28 kilometer dari Seremban. Hutan jenis Dipterokarpa Bukit ini berkeluasan 3.4 hektar dan sangat popular dengan aktiviti berkelah, trekking, berkhemah dan sight seeing.

Hutan Lipur Jeram Toi dilengkapi dengan kemudahan tapak perkhemahan untuk 50 peserta, tandas awam, surau, bilik persalinan serta ‘boardwalk‘. di kawasan rekreasi ini turut disediakan gera-gerai makanan, kolam mandi dan papan longsor untuk kanak-kanak.

Antara tarikan utama di Jeram Toi adalah laluan tracking menuju ke Gunung Telapak Buruk dan air terjun empat tingkat di Sungai Batang Toi.

Jeram Toi musnah akibat banjir

Susulan bencana banjir yang berlaku di Negeri Sembilan baru-baru ini, Jeram Toi turut dilaporkan terjejas setelah kejadian tanah runtuh melanda kawasan rekreasi berkenaan. Malah dikatakan pintu gerbang memasuki Jeram Toi turut lenyap.

Gambar: Facebook Mohamad Aimi Iqwan

“Banyak infrastruktur di Jeram Toi turut musnah dalam kejadian itu termasuk sederet gerai makan dan kolam mandi kanak-kanak. Pintu gerbang turut lenyap selain jambatan dan laluan di jeram berkenaan juga mengalami kerosakan.

“Longgokan kayu dan pokok besar yang hanyut dari hutan ‘membanjiri’ kawasan sungai Jeram Toi dan ia turut dihanyutkan ke kawasan halaman kampung penduduk yang berdekatan,” kata Ketua Kampung Amar Penghulu, Maryani Chembeng memetik laporan Bernama.

Gambar: Facebook Mohamad Aimi Iqwan

Penduduk Jelebu turut merasa ‘kehilangan’ setelah melihat pusat tarikan utama di kawasan mereka musnah dilanda bah. Warga setempat turut sama berkongsi kesedihan dan kenangan mereka di Jeram Toi melalui sebuah hantaran yang diunggah pengguna Facebook Afiq Mazly di grup Anak-anak Jelebu.

Landskap yang indah, meriah dengan pengunjung, kedamaian flora fauna. Kini hanya tinggal kenangan selepas dilanda kepala air 18 Disember 2021. Lebih 70 peratus kemudahan di sini musnah. Semoga kembali pulih dengan cepat.

Sumber: MDJ, Bernama, Facebook Afiq Mazly via Anak-anak Jelebu

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.