Siakap Keli
Kredit: Google

Lelaki Tertinggi Di Dunia Cari Calon Isteri Di Rusia

Demi mencari pasangan hidup yang boleh memberinya zuriat, lelaki tertinggi di dunia, Sultan Kosen, 39 telah menuju ke Rusia awal bulan ini, lapor Daily Star.

Menurut portal itu, lelaki dengan ketinggian sekitar 2.51 meter itu mengalami masalah tumor yang mengakibatkan kelenjar pituitarinya menghasilkan terlalu banyak hormon tumbesaran, menyebabkan lelaki itu menjadi lebih besar.

Sebelum ini, Sultan dikatakan telah berkahwin dengan seorang wanita Syria dengan ketinggian 1.75 meter pada 2013 yang lalu. Pun begitu, lelaki tersebut mengaku mempunyai masalah komunikasi berikutan dia berbahasa Turki manakala isterinya pula hanya boleh berbahasa Arab, tulis Daily Star.

Lantaran itu, pasangan tersebut akhirnya bercerai selepas lapan tahun bersama.

Difahamkan, lelaki berkenaan ingin membawa calon isterinya yang baru untuk tinggal di Turki.

Sumber: Daily Star

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.