Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan luruan monsun bakal berlaku pada 27 Disember 2021 hingga 2 Januari 2022 melibatkan enam buah negeri di Malaysia.
Fenomena ini mungkin menyebabkan cuaca hujan berterusan di timur Sabah bermula esok hingga 2 Januari 2022, bahagian barat Sarawak (29 hingga 31 Disember 2021). Manakala di Semenanjung Malaysia, negeri-negeri terlibat dari 30 Disember 2021 hingga 2 Januari 2022 termasuk Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Menurut kemaskini ramalan cuaca signifikan setakat jam 1 tengah hari tadi, sistem cuaca tekanan rendah turut berkemungkinan berlaku di Laut China Selatan. Angin kencang dan laut bergelora diramal terjadi di perairan Laut China Selatan termasuk kawasan perairan Pantai Timur Semenanjung pada 27 Disember 2021 hingga 2 Januari 2022.
Untuk makluman, luruan monsun atauย monsoon surge adalah angin sejuk dari Siberia yang menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan. Oleh itu, orang awam yang berada di kawasan terlibat diminta berwaspada dan sentiasa peka dengan maklumat cuaca terkini.
๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐ก ๐๐จ๐๐๐ ๐ฆ๐๐๐ก๐๐๐๐๐๐ก (๐ฎ7 ๐๐๐ฆ๐๐ ๐๐๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ญ โ 2 ๐๐๐ก๐จ๐๐ฅ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฎ)#cuacasignifikan#metmalaysia#KementerianAlamSekitarDanAir#KeluargaMalaysiaSiagaBencana pic.twitter.com/yAlXwH74r7
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) December 26, 2021
Sumber: MetMalaysia