Siakap Keli
Gambar Hiasan via BERNAMA

Pentingnya “Inflatable Boat” Sebagai Persediaan Kecemasan Hadap Bencana Banjir, Harga Bawah RM200

Bencana banjir yang melanda Malaysia pada masa kini amatlah memberikan kesan yang besar kepada negara. Bukan sahaja beri ancaman dari segi kesihatan, bencana ini juga memberikan kesan yang buruk terhadap ekonomi negara mahupun individu itu sendiri.

Oleh itu, peribahasa melayu ada memberitahu “sediakan payung sebelum hujan” agar kita bersedia membuat sebarang persediaan sekiranya berlaku sebarang kemungkinan seperti bencana. Apabila sudah membuat persediaan, maka lebih mudah untuk seseorang mengurus sesuatu masalah yang datang.

Cakna dengan keadaan dan persekitaran semasa, seorang pengguna Facebook bernama Mohd Farid Md Ali telah berkongsi satu persediaan yang perlu diusahakan oleh semua penduduk yang terlibat dengan bencana banjir pada masa kini. Farid telah berkongsi persediaan tersebut di dalam kumpulan Facebook bernama Tukang Apa Hari Ini.

Persediaan yang dimaksudkan oleh Farid adalah dia merasakan bahawa wajib untuk setiap orang mempunyai inflatable boat. Persediaan tersebut adalah perlu sekiranya berlaku sebarang kemungkian andai kata perkara luar jangkaan seperti banjir besar belaku.

Menurut Farid, inslatable boat ini ini sangat sesuai digunakan pada waktu banjir agar mudah untuk menyelamatkan diri sekiranya terlibat dengan bencana tersebut. Saiz bot tersebut juga besar sehingga boleh memuatkan ramai orang seperti ibu bapa dan anak-anak untuk diselamatkan terlebih dahulu.

Kredit: FAcebook Mohd Farid Md Ali
Kredit: FAcebook Mohd Farid Md Ali
Kredit: FAcebook Mohd Farid Md Ali
Kredit: FAcebook Mohd Farid Md Ali

Farid juga menyenaraikan lima kedai yang menjual inslatable bot tersebut.

Itulah persediaan yang dikongsikan oleh salah seorang pengguna Facebook yang mengambil berat akan keselamatan dan kebajikan masyarakat lain. Semoga diri, keluarga dan orang tersayang dapat terselamat daripada bencana banjir ini.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook 

Akhmar Ikmal

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.