Jepun sememangnya terkenal dengan rakyatnya yang mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian mereka. Rakyat di negara itu juga kebanyakannya mempunyai berat badan yang ideal dan normal mengikut BMI. Selain itu, rakyat di negara Jepun juga kebanyakannya panjang umur sehingga masih ramai yang hidup pada usia 100 tahun ke atas.
Untuk pengetahuan semua, rakyat Jepun sebenarnya mempunyai beberapa rahsia yang mereka amalkan agar mereka mendapat badan yang kurus dan hidup lebih lama. Seorang pengguna Tiktok bernama @coach_momoi berkongsi lima rahsia rakyat Jepun kurus dan panjang umur. Jom sama-sama kita ketahui dan amalkan rahsia tersebut untuk mendapatkan badan yang kurus dan dapat umur yang lebih panjang.
1. Mereka mengamalkan minum teh hijau
Air teh hijau sememangnya sangat terkenal di Jepun sebagai minuman yang sihat. Teh hijau di Jepun, mereka selalunya minum tanpa sebarang campuran seperti gula dan susu. Teh hijau tinggi dengan antioksida dan membantu seseorng menjadi awet muda.
2. Rakyat Jepun lebih memilih protein berbanding sumber marin.
Rakyat Jepun lebih suka makan Ikan sebagai protein dalam kehidupan seharian mereka. Portion makanan yang diambil oleh mereka juga hanya kecil dan sedikit sahaja.
3. Rakyat Jepun makan makanan yang difermentasikan.
Makanan yang difermentasikan akan tahan dengan lebih lama. Selain itu, makanan yang difermentasi juga bagus untuk kesihatan terutama pada alat pencernaan dan perkembangan bakteri baik. Antara contoh makanan yang difermentasi tauhu.
4. Pendidikan “bina aktif” diterapkan daripada kecil.
Kebanyakan rakyat di negara tersebut sememangnya aktif untuk mengeluarkan peluh. Rakyat Jepun juga kebanyakannya berjalan kaki dan berbasikal ke mana-mana yang mereka pergi. Perkara ini sudah diajar sejak mereka masih kecil lagi iaitu seawal sekolah rendah.
5. Rakyat Jepun rajin mandi
Ramai yang berasa pelik kerana mereka berpendapat bahawa rakyat Jepun jarang mandi. Namun, menurut Couch Momoi, mereka sebenarnya selalu mandi di kolam air panas. Kolam air panas sememangnya mempunyai beberapa manfaat kepada tubuh badan.
Selepas ini, bolehlah amalkan lima rahsia rakyat jepun tersebut untuk mendapatkan tubuh badan yang kurus dan hidup lebih lama. Meskipun orang kata, ajal dan maut di tangan tuhan, tapi kita juga perlu berusaha untuk menjaga tubuh badan dan usaha untuk mendapatkan umur yang lebih panjang agar dapat melakukan kebaikan.
Semoga bermanfaat!
Untuk ketahui lebih lanjut, jom tonton video di bawah!
@coach_momoi komen nak tahu #fypシ #fyp #viral #coachmomoi
Sumber: Tiktok Coach Momoi