Siakap Keli
Gambar: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari - Bernama

Jalan Utama Hulu Langat Ditutup Selama Dua Jam Setiap Isnin Hingga Khamis

Setiap Isnin hingga Khamis, jalan utama di sekitar Hulu Langat akan ditutup selama dua jam untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan dan pengutipan sampah banjir di kawasan tersebut, lapor Sinar Harian.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memetik Sinar Harian berkata, sejumlah tan sampah banjir dikutip KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) setakat Rabu, dengan impak kewangan sebanyak RM6.03 juta.

Kata beliau, bagi melaksanakan kerja berkenaan sebanyak 48 buah lori ‘Roll on roll off’ (RORO) dan kompaktor bersama mesin jengkaut telah digerakkan.

“Pada asalnya kita merancang untuk menjalankan kutipan selama dua hari, namun kita membuat keputusan untuk melakukannya setiap hari kecuali hari minggu dan cuti umum kerana berlaku kesesakan yang menghalang lori-lori KDEBWM melakukan kutipan sampah dengan lancar.

“Jumlah sukarelawan yang ke lokasi tersebut sangat ramai, jadi kita tidak menganggu tugas mereka,” katanya kepada Sinar Harian sidang akhbar khas di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) pada Isnin.

Tambah Amirudin, pihaknya juga sedang meneliti untuk melaksanakan perkara sama di kawasan Padang Jawa, Klang dan Taman Sri Muda, Seksyen 25 Shah Alam.

Jelasnya, jika pihaknya berhasrat untuk menyelesaikan kerja-kerja pengutipan sampah banjir di kawasan-kawasan tersebut, penduduk akan dimaklumkan sehari sebelum hari pelaksanaan supaya mereka boleh bersiap sedia.

“Bagi Padang Jawa dan Taman Sri Muda, kita sedang meneliti untuk membuat perkara sama.

“Kalau kita nak buat, kita akan maklumkan sehari awal supaya penduduk boleh bersedia dan kita boleh merancang pengurusan sisa pepejal yang ada,”kata beliau, memetik Sinar Harian.

Sumber: Sinar Harian

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.