Siakap Keli
Gambar: via The Sun

Kepala Haiwan Prasejarah Dipercayai Raksasa Laut Dijumpai, Saiz Sebesar Lelaki Dewasa

Satu fosil dipercayai kepala raksasa laut gergasi dengan muncung panjang dan gigi runcing ditemui di gurun Black Rock di Nevada, Amerika Syarikat (AS), salah satu tempat yang paling kering di muka bumi, memetik laporan The Sun.

Menurut laporan, kepala raksasa yang dikatakan bersaiz seorang lelaki dewasa itu dipercayai dinosaur prasejarah bernama Cymbospondylus youngorum.

Haiwan itu dipercayai hidup 244 juta tahun dahulu dengan berat mencecah 40 tan dan ukuran panjang lebih 18 meter iaitu bersamaan 60 kaki dari hidung hingga ke ekor.

Gambar: The Sun

Menurut Profesor Martin Sander, penulis artikel raksasa dalam jurnal Sains di AS, walaupun ikan paus kini dikenali sebagai mahkluk terbesar bumi, namun ianya bukanlah haiwan gergasi lautan pertama yang berenang di lautan.

“Ikan paus mengambil hampir-hampir 90 peratus masa selama 55 juta tahun kewujudannya untuk berevolusi menjadi gergasi lautan seperti yang kita kenali hari ini,” katanya.

Gambar: The Sun

Sumber: The Sun

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.