Bagi yang dah biasa pandu kereta, situasi kereta bergegar bukanlah perkara baru malah kerap juga dialami pemandu.
Setiap kali berlaku kereta bergegar ni, sedikit sebanyak sudah pasti timbul kebimbangan akan tahap keselamatan kereta yang dipandu. Manakan tidak, kadang-kadang level gegar dia tu sampai rasa nak runtuh dashboard.
Selain faktor keselamatan, situasi kereta bergegar ini juga boleh menyebabkan kita ras kurang selesa ketika memandu. Bila dah tak selesa, maka susahlah kita nak fokus pada pemanduan. Kan bahaya tu!
Oleh itu, pengguna TikTok @muadzmustafha ini kongsi apa punca kereta korang boleh bergegar. Video berkenaan sempat mendapat sorotan warga net hingga ditonton sebanyak 815.9 ribu kali di TikTok setakat ini.
Menurut video berkenaan, masalah kereta bergegar ni disebabkan kerosakan mounting enjin. Kerosakan pada komponen ni tak semestinya sebab koyak, getah dah lama dan keras pun boleh jadi punca mounting enjin rosak.
Nak tahu lebih lanjut tanda-tanda kereta bergegar dan apa korang patut buat, tonton video penuh di bawah.
@muadzmustafha APA PUNCA KERETA BERGEGAR? #tipskereta #sagablm #keretakesayangan #learnontiktok #tiktokguru #tiktokmalaysia #drtayarmuar
Sumber: TikTok @muadzmustafha