Siakap Keli
Kredit : The Mirror

Berkongsi Organ Hati, Limpa & Kaki, Kembar Siam Dari India Ini Dapat Pekerjaan Pertama

Pasangan kembar siam dari Punjab, India, dilaporkan telah berjaya mendapat perkerjaan pertama pada usia 19 tahun.

Menurut laporan The Mirror, Sohna dan Mohna diterima menjadi pekerja kerajaan sebagai juruelektrik di Punjab State Power Corporation Limited dan memperoleh pendapatan sebanyak £100 (RM 560.69) sebulan setiap seorang.

Difahamkan, pasangan kembar itu membesar di rumah perlindungan sejak ditinggalkan oleh ibu bapa mereka semasa masih bayi di New Delhi.

Sejak kecil, mereka berdua telah menunjukkan kebolehan untuk membetulkan sesuatu dan membaiki barang peralatan yang rosak semasa tinggal di rumah perlindungan.

“Kami berterima kasih kepada kerajaan Punjab kerana mengenali bakat kami,” kata mereka kepada Independent.

Kredit : Hindustan Times

Pegawai atasan di syarikat tenaga tersebut dikatakan kagum dengan kembar tersebut setelah mereka melawat tempat latihan selain menunjukkan minat yang mendalam mengenai elektrik.

Venu Parsad, Ketua Pengarah Urusan PSPCL berkata kepada Telegraph bahawa kembar itu mempunyai pengetahuan teknikal yang hebat dan terus mengambil mereka di bawah kuota orang kurang upaya.

“Kami berterima kasih kepada kerajaan Punjab kerana memberi peluang kepada kami dan Institusi Pingalwara yang telah mendidik kami,” kata Sohna dan Mohna.

Pasangan kembar ini mempunyai dua hati, dua buah pinggang, saraf tunjang dan dua pasang lengan tetapi mereka berkongsi organ hati, hempedu, limpa dan kaki.

Doktor yang merawat mereka dipercayai enggan memisahkan pasangan kembar itu kerana prosedur yang berisiko dan boleh menyebabkan salah seorang daripada mereka meninggal dunia.

Sumber : The Mirror

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.