Siakap Keli
Gambar: Vanguard News

Gadis 14 Tahun Dilapor Diculik & Dirogol 20 Lelaki Sebelum Dipaksa Jadi Pelacur

Kisah seorang gadis berusia 14 tahun di Kota Bandung, Indonesia yang menjadi mangsa culik dan rogol telah menjadi tular di media sosial.

Lebih menyedihkan, mangsa juga dilaporkan telah dipaksa untuk menjadi pelacur bagi melayani nafsu para lelaki hidung belang.

Perkara itu terbongkar selepas satu seorang individu memuat naik beberapa keping gambar dan koronologi berkenaan kejadian terbabit melalui akaun Instagram miliknya.

Pengguna Instagram itu telah berkongsikan gambar suspek serta laporan polis yang dibuat di Balai Polis Bandung yang bertarikh 23 Disember 2021 lalu.

Menurut portal bekasi.pikiran-rakyat.com, pemilik akaun Instagram tersebut difahamkan bekerja dengan bapa kepada mangsa.

Berdasarkan kenyataannya, mangsa telah diculik berhampiran rumahnya yang jaraknya lebih kurang 50 meter.

Selepas itu, mangsa telah dibawa ke tempat kejadian untuk dikurung sebelum dirogol beramai-ramai.

Para pelaku yang didakwa berjumlah seramai 20 orang itu kemudiannya dilaporkan menjual mangsa melalui apliasi MiChat.

Menurut akaun Instagram tersebut, para pelaku juga turut memukul, mengheret dan memaksa mangsa melayani nafsu para lelaki.

“Selama 7 hari dia dikurung dan dipaksa melayani sehingga lebih 20 orang, bahkan mangsa juga turut dipukul oleh pelaku dan diugut bunuh,” tulisnya.

Akibat daripada kejadian itu, mangsa kini dilaporkan mengalami gangguan mental dan trauma serta sering menjerit ketakutan dan menangis.

Sumber: Bekasi.com

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.