Sebuah syarikat memproses produk petis udang di Kampung Pantai Acheh, Pulau Pinang dilaporkan menyimpan stok lama yang dipenuhi ulat berengga bersama produk baru dalam ruangan yang sama, lapor Bernama Radio.
Menurut agensi itu, kilang yang telah beroperasi sejak lebih 50 tahun itu telah diperiksa sepasukan pegawai dari Jabatan Kesihatan Pulau Pinang (JKNPP) pada jam 10 pagi tadi.
Hasil pemeriksaan lanjut, kilang tersebut didapati telah menyalahgunakan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) walaupun tidak pernah membuat permohonan bagi mendapatkan sijil berkenaan, lapor agensi itu.
Kotor dan menjijikkan.
itu yang boleh diungkap saat Jabatan Kesihatan Pulau Pinang (JKNPP) melakukan pemeriksaan di sebuah kilang memproses petis udang di Kampung Pantai Acheh, Pulau Pinang hari ini.
📸 Ariff Sarbri pic.twitter.com/tVSwXdi4xt
— BERNAMA Radio🇲🇾 (@bernamaradio) December 28, 2021
Malah pemeriksaan juga mendapati pemilik kilang itu telah menggunakan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedangkan syarikat tersebut tidak pernah memohon sijil tersebut. pic.twitter.com/VMBbvruXWN
— BERNAMA Radio🇲🇾 (@bernamaradio) December 28, 2021
Sumber: Bernama Radio