Setiap daripada kita masing-masing mesti dah memiliki kad ATM kan? Paling kurang pun pasti ada satu kad ATM dalam wallet. Boleh dikatakan kad ATM ni benda ketiga terpenting selepas kad pengenalan (IC) dan lesen memandu.
Rasanya semua orang dah tahu kan yang fungsi utama kad ATM ni adalah untuk ‘cucuk’ duit kat mana-mana mesin ATM.
Tapi korang tahu tak, sebenarnya kad ATM ni juga dikenali sebagai kad ATM MyDebit dan ia berfungsi sebagai medium pembayaran secara tanpa tunai atau cashless di lebih 200,000 saudagar di seluruh negara!
Menariknya, kita boleh bayar segala-galanya hanya dengan sekeping kad ATM MyDebit di mana jua. Baik untuk pembelian barangan, bayaran perkhidmatan mahupun bayaran komitmen dan sebagainya.
Boleh guna kat mana je kad ATM MyDebit ni?
Pembayaran secara cashless menggunakan kad ATM MyDebit ni boleh digunakan kat mana-mana je. Misalnya korang beli barang dapur kat pasar raya atau beli pakaian kat pusat beli-belah, tak payah keluarkan duit tunai.
Selain tu, korang jugak boleh gunakan kad ATM MyDebit ni untuk semua jenis bayaran perkhidmatan. Contohnya bayar caj perkhidmatan atau bil rawatan di hospital ke, bayar kos baiki kereta kat bengkel ke, bayar komitmen yuran pengajian ke, semua boleh!
Jangan kata boleh bayar untuk apa-apa pembelian dan perkhidmatan je, hatta kalau korang nak beli air tin kat vending machine pun boleh bayar guna kad ATM MyDebit ni tau. Mudah sangat!

Oh ye, satu lagi fungsi lain yang cukup penting adalah boleh digunakan sewaktu kecemasan tak cukup duit tunai kat tangan. Katakanlah nak keluar parking, korang dah sampai pintu keluar, tiba-tiba masa nak bayar baru perasan parking belum bayar dan duit dalam wallet pulak tak cukup atau dalam nilai besar.
Nak berlari cari mesin ATM macam tak sempat. Kereta kat belakang pulak dah beratur panjang. Mestilah gelabah kan? Rileks, jangan risau. Keluarkan je kad ATM MyDebit korang tu dan scan je kat peranti di tiang keluar. Selesai!
Selain tu, kelebihan yang ada pada kad ATM MyDebit ni antaranya adalah selesa digunakan, jimat masa, selamat dibawa dan disimpan, lebih tinggi nilai sekuriti berbanding wang tunai, lebih bersih tanpa sentuhan fizikal dan bermacam-macam lagi!
Kalau korang nak tahu fungsi kad ATM MyDebit dengan lebih jelas, haa jemputlah tengok video kat bawah ni.
Makan Malam ‘Makan Dalam’
Korang mesti dah biasa terkena dalam situasi kat atas ni kan? Time makan ramai-ramai dengan kawan-kawan semuanya happy go lucky. Gelak berjam-jam sampai tak ingat dunia.
Tapi time nak bayar je, mulalah ada yang tiba-tiba kata tak cukup duitlah, ada orang call lah, takda duit keciklah, macam-macam alasan. Last-last korang jugak dengan penuh berlapang dada pergi bayarkan untuk semua.
Haa, waktu tulah korang boleh manfaatkan kad ATM MyDebit ni. Tak payah segan nak kira berapa duit yang ada dalam wallet. Hulur je kad ATM MyDebit je. Setel!
Kesimpulannya, gunakanlah kad ATM MyDebit korang tu sebaiknya. Benda mudah buat apa susah-susah, kan?
Oh ya, dengan kad ATM MyDebit ni jugak korang berpeluang untuk memenangi hadiah berupa kerusi urut Ogawa atau kereta Perodua Ativa tau! Nak tahu lebih lanjut, jomlah sertai PERADUAN MENARIK ni sekarang!