Sebuah video yang memaparkan detik-detik seorang lelaki menerbangkan layang-layang tergantung setinggi 9 meter telah tular di YouTube.
Lelaki yang bernama Nadarasa Manoharan itu dilaporkan telah tergantung sehingga 9 meter ketika dia sedang menerbangkan layang-layang dalam kejadian yang berlaku di Point Pedro, Jaffna, Sri Lanka pada 20 Disember 2021 lalu.
Ketika kejadian, lebih tujuh orang difahamkan membantu lelaki tersebut menerbangkan layang-layang gergasi itu, menurut Daily Mail.
Manoharan menyatakan bahawa, dia telah tergantung ketika memegang tali berkenaan kerana tidak menyedari bahawa orang di belakangnya telah melepaskan tali layang-layang itu.
Rakaman video tersebut menunjukkan bahawa dia tampak ketakutan ketika dia sedang tergantung pada tali yang membawanya tergantung ke udara itu.
Turut kelihatan beberapa rakannya cuba berusaha untuk menariknya kembali ke bawah.
Walau bagaimanapun, faktor tiupan angin yang kuat pada ketika itu serta saiz layang-layang yang besar telah menyebabkan Manoharan tergantung semakin tinggi ke udara.
Mujur rakan-rakannya sempat untuk memegang tali dan membawanya turun tidak lama kemudian.
Kira-kira 5 meter dari atas tanah, Manoharan yang sudah lebih seminit tergantung kemudiannya telah bertindak melepaskan genggamannya dan jatuh ke bawah.
Media tempatan melaporkan Manoharan hanya mengalami kecederaan ringan.
Menurut pengakuannya, dia langsung tidak melihat ke bawah ketika dia berada di udara dan telah melepaskan genggamannya pada tali semasa tangannya berasa kebas.
Sumber: Kompas.com