Siakap Keli
Kredit: Twitter @anthraxxx781

(Video) Ramai Ingat Ular Hanya Bertelur, Rakaman Ini Tunjuk Proses Ular ‘Lahirkan’ Anak

Semasa di bangku sekolah, pasti anda semua ada belajar berkaitan pembiakan haiwan sama ada melalui cara bertelur mahupun beranak. Kebiasaannya, ramai yang mengetahui bahawa ular merupakan haiwan yang membiak dengan cara bertelur.

Namun begitu, tidak ramai yang tahu bahawa terdapat juga spesis ular yang tidak bertelur tetapi ‘melahirkan’ anak seperti perkongsian sebuah video tular di media sosial yang memaparkan mengenai kejadian ini.

Video berdurasi satu minit itu mendapat perhatian ramai warganet dengan meraih hampir 60 ribu tontonan dan ratusan ulang kicau hanya dalam tempoh beberapa jam dimuat naik. Rata-ratanya teruja dan merasa aneh kerana pertama kali mengetahui dan melihat kejadian tersebut.

 

Sebenarnya, tahukah anda hanya 70 peratus sahaja ular yang akan bertelur dalam dunia iaitu ular yang tergolong dalam keluarga Oviparous, menurut laman web National Geographic.

Sebanyak 30 peratus ular lagi akan melalui proses beranak iaitu jenis Viviparous seperti ular Boa yang hanya beranak sahaja dan langsung tidak bertelur.

Manakala, jenis Ovoviviparous pula akan melalui kedua-dua proses iaitu bertelur dan beranak, contoh seperti ular orok-orok.

Sumber: Twitter, animals.mom.com

Akhmar Ikmal

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.