Siakap Keli
Kredit : Hello Doktor

Dah Tak Perlu Keluarkan Duit Buat Rawatan Mahal, Guna Ais Batu Sahaja Untuk Dapatkan Kulit Yang Cantik

Sudah banyak petua dan cara untuk mendapatkan kulit yang bersih dan mulus. Ada yang mengamalkan petua tradisional dan ada juga yang mengeluarkan wang untuk mendapatkan rawatan di pusat kecantikan atau klinik dermatologi.

Tetapi, percaya atau tidak bahawa anda boleh memiliki kulit yang cantik dengan mudah sahaja. Bahannya boleh dapatkan di dapur atau lebih spesifik lagi di dalam peti ais.

Ya, hanya di dalam peti ais. Tahukah anda bahawa ais batu merupakan salah satu kaedah efektif yang digunakan sebagai rawatan kecantikan wajah? Bahkan di pusat kecantikan juga ada yang menggunakan kaedah ini.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila baca perkongsian daripada Hello Doktor ini.

Apa kebaikan menggunakan ais batu?

Sapuan ais pada bahagian tubuh untuk tujuan kesihatan dikenali sebagai terapi sejuk atau cryotherapy. Ia digunakan secara rutin untuk merawat kecederaan lebam. Tujuannya adalah:

  • Meredakan kesakitan dengan mengurangkan aktiviti saraf untuk sementara
  • Mengurangkan bengkak dengan menurunkan aliran darah
  • Mempercepatkan fungsi pemulihan dengan menggalakkan penyembuhan tisu lembut

Rawatan ais muka atau skin icing hanya disokong oleh bukti anekdot. Setakat ini tiada lagi penyelidikan klinikal yang menyokong penggunaan ais sebagai rawatan muka yang berkesan.

Umumnya, rawatan ais di wajah ini popular kerana ia mudah untuk dijelaskan, termasuklah:

  • Ia murah
  • Mudah dilakukan
  • Terdapat bukti anekdot
  • Mendapat liputan meluas di internet
  • Ia semula jadi tanpa penggunaan bahan kimia
  • Dijadikan sebagai amalan logik dan masuk akal
Kredit : Hello Doktor

Cara menggunakan ais sebagai rawatan kecantikan wajah

Untuk mencuba rawatan ini, anda perlu membalut beberapa ketul, 4-5 kiub ais dalam kain kapas lembut dan sapukan pada wajah dengan gerakan membulat selama 1-2 minit.

Urutan ini boleh dilakukan beberapa kali dalam sehari pada bahagian:

Manfaat sapuan ais batu ke muka

Air bersih sangat bermanfaat untuk kesihatan, terutamanya kulit. Ia membuang semua toksin daripada tubuh, ini termasuklah melalui penggunaan air batu.

Berikut adalah faedahnya untuk kulit wajah anda:

1. Menyembuh & mencegah jerawat

Sifat ais adalah antiradang yang membantu mengurang dan menyembuhkan jerawat. Ia menenangkan kulit, mengecilkan pori, dan mengurangkan pengeluaran sebum pada wajah – punca utama munculnya jerawat.

Kredit : Hello Doktor

2. Ais batu menjadikan kulit lebih bersinar

Anda tidak perlukan produk yang mahal jika mahu kulit bersinar. Hanya sapukan ais pada muka untuk meningkatkan peredaran darah ke kulit dan menjadikannya cerah.

Selain itu, penggunaan ais juga dapat meningkatkan tahap oksigen dalam kulit dan membekalkan nutrien penting – vitamin.

3. Menyingkirkan lingkaran hitam untuk kecantikan wajah

Ais adalah ubat terbaik untuk masalah lingkaran hitam bawah mata.

Anda boleh merebus air mawar bersama jus timun dan bekukan campuran ini. Kemudian sapukan ais tersebut pada bahagian mata.

Tetapi anda harus bersabar dan mengulanginya beberapa hari untuk dapat melihat hasilnya.

4. Kurangkan mata sembap dengan sapuan air batu

Mata bengkak sering terjadi akibat kurang tidur atau mata stres, namun ais dapat membantu mengatasinya. Hanya sapukan ais pada kawasan terjejas dan bengkak akan hilang.

Anda boleh menambah kopi hitam pada kiub ais yang dapat menghilangkan bengkak mata dengan cepat.

Sumber : Hello Doktor

 

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.