Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Negeri Pahang Diramal Banjir Bermula 1 Januari Ini – PRABN

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) menjangkakan kemungkinan berlaku banjir di negeri Pahang bermula jam 8 pagi, 1 Januari ini.

PRABN dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, ramalan tersebut adalah susulan kepada amaran hujan berterusan Waspada yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Selasa.

Kawasan-kawasan yang dijangka berisiko untuk banjir adalah di Sungai Pahang (Maran, Temerloh, Jerantut dan kawasan sekitar), Sungai Kuantan (Kuantan, Sungai Lembing dan kawasan sekitar), serta Sungai Rompin (Rompin dan kawasan sekitar).

Sehubungan itu, PRABN menasihatkan semua penduduk yang tinggal di kawasan yang dinyatakan untuk bersiap sedia dan sentiasa berwaspada dengan keadaan semasa.

Sumber: NADMA

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.