Siakap Keli
Gambar hiasan. (Kredit: Google)

(Video) Lebih 20 Juta Tontonan, Wanita Kongsi Cara Kurangkan Sakit Senggugut Dengan Urut Telinga

Setiap wanita mempunyai pengalaman berbeza ketika melalui fasa haid. Ada yang berhadapan rasa sakit senggugut yang teruk, ada yang langsung tidak merasakan kesakitan ketika datang bulan.

Bagi anda yang sering mengalami senggugut, tips kali ini mungkin berguna buat anda. Selain tuam bahagian abdomen yang kekejangan, anda juga boleh mengurut telinga sebagai ikhtiar mengurangkan sakit senggugut.

Kongsi @lessiamac, caranya cukup mudah. Anda hanya perlu menekan kawasan dalam pada bahagian atas cuping telinga dan urut titik tersebut selama satu minit. Buat pada kedua-dua telinga.

@lessiamac

Idk how, but it really works!! Try this!! #reducepain #periodpain #menstrualcramps #reduce #lifehacks #bestlifehack #forwomenonly

♬ Ultimate life hacks – Kelly – The Life Bath

Perkongsian itu telah mendapat lebih 20.9 juta tontonan dan 2 juta tanda suka. Rata-rata mengakui cara tersebut dapat mengurangkan rasa sakit mereka ketika datang bulan.

Pun begitu, kesannya mungkin berbeza bagi setiap orang. Dan sekiranya anda mengalami sakit berpanjangan atau teruk setiap kali datang bulan, segeralah ke hospital bagi mendapatkan rawatan kerana dikhuatiri ia menjadi petanda sakit yang lebih serius.

Sumber: @lessiamac

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.