Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Video) Suhu Sejuk Sangat, Kereta Terpakai Dari Jepun Nak Dibawa Ke Rusia Membeku Macam ‘Ais Batu’

Puluhan kereta terpakai Jepun yang dihantar ke pelabuhan Rusia dilaporkan telah diliputi ais akibat cuaca sejuk yang melampau.

Memetik laporan Daily Mail, keadaan sejuk yang luar biasa dan berangin itu membuatkan kereta jenis Toyota dan Honda yang berada di atas kapal kargo Sun Rio Ro-Ro ‘membeku’ semasa tiba di Vladivostok.

Disebabkan itu, kesemua kenderaan itu terpaksa diangkut dengan menggunakan kren ketika suhu mencecah -19  celcius di ibu negara Rusia pada Selasa.

Menurut laporan media tempatan, ada beberapa kereta yang dibalut ais setebal enam inci.

Difahamkan, kapal itu diliputi oleh ais kerana suhu udara di bawah sifar dan angin yang lembap yang juga boleh meningkatkan risiko kapal terbalik.

“Sekarang bulan Disember, angin tahun ini lebih kuat daripada biasa. Air laut memercik di atas kapal dan bertukar menjadi kerak ais yang tebal,” kata kapten kapal, Pyotr Osichansky.

Difahamkan, kereta terpakai Jepun popular di Rusia walaupun kedudukan pemandu bagi kenderaan itu tidak sesuai untuk jalan raya di negara tersebut.

Sumber: Daily Mail

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.