Pejam celik, pejam celik kita dah berada di hujung tahun. Korang dah bayar zakat ke belum? Kalau dah, Alhamdulillah. Kalau belum, haa ini yang nak diceritakan dalam artikel kali ni.
Korang tahu tak, di samping korang jalankan tanggungjawab sebagai Muslim dengan melengkapkan Rukun Islam ketiga, korang juga boleh dapat hadiah lumayan tau!
Pernah dengar tak konsep ‘unik’, bayar zakat tapi dapat duit untuk simpanan pergi haji? Yes, ini real guys! Lembaga Zakat Selangor (LZS) sekarang ada jalankan peraduan Jom Tunai Zakat: Menang dan Kongsi (Wang Simpanan Haji).
Peraduan ni berlangsung sepanjang 15 November hingga 31 Disember ni. Yang bestnya, hadiah-hadiah yang ditawarkan adalah berupa wang tunai dalam bentuk simpanan di dalam akaun Tabung Haji.
Dan lagi best, di samping korang sertai peraduan dan jalankan tanggungjawab dengan membayar zakat, hadiah yang korang dapat tu juga akan disalurkan kepada asnaf. Kiranya korang berkongsi rezeki dengan mereka ni!
Syukur, usaha yang menarik dan menginsafkan..
Cara-cara nak sertai
Mudah je guys nak join peraduan ni. Korang ikut je dua panduan mudah macam kat bawah ni.
1. Tunaikan zakat korang melalui salah satu platform bayaran:
- layari fpx.zakatselangor.com.my
- bayar di 23 cawangan LZS
- bayar kepada semua ejen kutipan LZS
2. Imbas kod QR (seperti tertera di bawah) untuk mengisi borang penyertaan online atau klik je kat bit.ly/jomtunaizakat2021
Maklumat lanjut berkaitan peraduan, boleh layari my2point5.zakatselangor.com.my/.