Siakap Keli
Gambar via Google & Nurul Husna

“Terkejut ‘Nurse’ Dengan Doktor..,” Bacaan ‘HB Low’ Masa Hamil, Wanita Ni Kongsi ‘Rahsia’ HB Naik Dalam Masa Beberapa Hari, Diketahui Lepas 2 Minggu

Berita kehamilan sudah pasti menjadi khabar yang paling ditunggu-tunggu oleh para wanita, tambahan pula bagi pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumahtangga.

Pun begitu, melalui fasa kehamilan bukanlah sesuatu yang mudah. Sepanjang kehamilan, pelbagai kesukaran akan dialami oleh para ibu ekoran perubahan drastik yang berlaku terhadap tubuh badan. Salah satu ‘mimpi ngeri’ buat ibu-ibu hamil adalah anemia.

Menurut Hello Doktor, anemia semasa hamil adalah antara masalah kesihatan paling kerap dialami oleh wanita berbadan dua. Keadaan ini berlaku apabila badan si ibu kekurangan sel darah merah yang sangat penting untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh badan.

Anemia sebenarnya mempunyai banyak jenis, namun anemia kekurangan zat besi adalah yang paling kerap terjadi dalam kalangan wanita hamil. Anemia jenis ini terjadi kepada ibu hamil apabila tubuh badan mengalami kekurangan zat besi untuk menghasilkan sel darah merah yang bermutu.

Zat besi pula merupakan elemen yang penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi akan mengakibatkan badan tidak mampu menghasilkan hemoglobin (HB) iaitu sejenis protein penting dalam sel darah merah yang mencukupi untuk membawa oksigen ke seluruh badan. Itulah yang selalu kita dengar ibu-ibu mengeluh bacaan HB tak cantik, ‘HB rendah’ atau ‘HB low’ tu.

Keadaan HB low ni turut dialami seorang ibu yang dikenali sebagai Nurul Husna, sampai dapat ‘amaran’ lah daripada jururawat. Pengalaman ini turut dikongsikan Nurul Husna di laman Facebook miliknya.

Tapi apa yang mengejutkan doktor dan nurse adalah bacaan HB Nurul Husna masa datang check up dua minggu kemudian. Ikuti perkongsian Nurul Husna di bawah ini.

Terkejut tengok bacaan HB lepas dua minggu

Macam biasa check HB ni bila low sikit so memang kita wajib ke KKIA (Klinik Kesihatan Ibu dan Anak) dua minggu sekali lah kan. Mak-mak je tahu penat dan susah hati dia macam mana. 

So, dua minggu lepas bacaan HB mama 11.37 ye. Bukti gambar ada kat bawah. Nurse bagitahu kalau lagi dua minggu still menurun so akan masuk ubat lah. Susah hati mama. Jadi mama decide untuk usaha dan tawakal cuba susu kambing ni. Minum dengan azam HB naik. Masha Allah, dengan izin Allah memang naik! After 2 weeks. Terkejut nurse dengan doctor ya. Nurse pun nak beli, doctor pun kata nak try. Alhamdulillah. Doctor siap suruh promote kat semua ibu ibu mengandung kat situ tau.

Gambar: Nurul Husna

Kebaikan yang mama boleh share lagi setakat ni, HB naik so pening loya memang dah hilang. Kurang rasa penat, badan rasa ringan. Perut dah tiada gastrik, pedih ulu hati pun beransur kurang. Pembuangan air besar lawas. Sebab biasanya memang sembelit sebab ubat atau vitamin mengandung ni. Bila minum sebelum tidur, tidur rasa lebih lena. Alhamdulillah! Pssttt ada makanan sunnah dalam tu tau. No sugar added so mummies jangan risau. Yang ada bacaan gula masa mengandung pun boleh consume ya.

Tips yang mama boleh kongsi, ubat jangan skip. Kurangkan dan elakkan caffein. Mama minum jus delima fresh, dan jus jambu batu fresh. Makan pemakanan yang sihat, sayur protein semua cukup. Kurangkan dan elakkan fast food. Alhamdulillah berjaya. Look at the result. Mummies boleh cuba ya. In shaa Allah.

Susu Wildan Mama Premium

Menurut Nurul Husna, susu kambing yang dia cuba semasa kehamilan tak lain tak bukan adalah Susu Wildan Mama Premium. Susu Wildan Mama Premium keluaran Wildan Niaga Sdn Bhd merupakan produk susu kambing yang sangat popular dalam kalangan ibu mengandung.

Susu kambing dikatakan mampu mengatasi masalah anemia dalam kalangan ibu hamil. Selain susu kambing, Susu Wildan Mama Premium turut mengandungi kurma yang juga kaya dengan zat besi. Kurma merupakan makanan tambahan terbaik bagi meningkatkan bacaan HB darah.

Susu Wildan Mama Premium juga diformulasi dengan kandungan kurma, gam arab dan habbatussauda. Gam arab diperkaya dengan prebiotik yang dapat membantu menguatkan daya ketahanan tubuh si ibu, kurma kaya dengan zat besi untuk membantu pembentukan sel darah merah. Manakala habbatussauda pula kaya dengan magnesium yang membantu menghalang hipertensi serta membantu mengekalkan tekanan darah pada tahap normal.

Susu Wildan Mama Premium yang boleh didapati dalam dua perisa iaitu asli dan vanilla, telah terbukti berkesan dalam membantu mengatasi masalah ‘HB low‘ semasa fasa kehamilan. Keberkesanan Susu Wildan Mama Premium menaikkan bacaan HB turut diakui oleh beberapa ibu mengandung lain antaranya Puan Suraya, yang turut berkongsi di Facebook yang beliau turut berjaya menaikkan bacaan HB kepada bacaan 13.8 disamping berjaya atasi masalah alahan teruk ketika hamil dan berkesan menambah tenaga.

Puan Norfadilah juga turut berkongsi pengalaman berjaya menaikkan HB dari paras minimum enam selepas keguguran kepada bacaan HB 11 selepas amalkan sekotak susu Wildan Mama Premium.

Manakala Puan Awal Quesyairi menyatakan beliau terkejut selepas amalkan Susu Wildan Mama Premium, HB beliau melonjak kepada 12.1, pertama kali dalam sejarah mengandungnya yang mana bacaan HB sebelumnya hanya sekitar sembilan hingga 10 sahaja. Maka tak hairanlah Susu Wildan Mama Premium bukan sahaja sentiasa menjadi rebutan ibu-ibu yang berbadan dua, bahkan sangat dipercayai dikalangan wanita hamil yang telah mengamalkannya.

Wildan salur bantuan untuk mangsa banjir

Baru-baru ini, negara digemparkan dengan berita bencana banjir yang melanda beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia. Fenomena banjir kali ini telah menyebabkan kerosakan banyak harta benda, malah ada keluarga yang kehilangan tempat tinggal dan keputusan bekalan makanan.

Prihatin dengan nasib mangsa-mangsa banjir yang terjejas teruk ini, pihak Wildan Niaga Sdn Bhd melalui beberapa anggota sukarelawan turut sama menyalurkan bantuan buat mangsa-mangsa banjir yang memerlukan, terutama mereka yang keputusan bekalan makanan dan bekalan susu untuk anak-anak kecil mereka.

Setakat ini, Alhamdulillah dianggarkan lebih RM19,000 nilai bantuan telah berjaya disalurkan oleh pihak Wildan Niaga dalam bentuk barangan keperluan bagi meringankan beban mangsa yang terjejas bencana alam tersebut dan peruntukan ini insya Allah akan ditambah lagi dari masa ke masa mengikut keperluan dan keadaan mangsa-mangsa banjir yang terjejas di seluruh negara.

Pihak Wildan Niaga Sdn Bhd juga mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin turut menyumbang barang-barang keperluan terutama dalam bentuk susu untuk anak-anak untuk turut sama menyumbang melalui Wildan, kerana di luar sana masih ramai mangsa-mangsa banjir yang masih mengalami keputusan bekalan susu untuk anak-anak kecil mereka kerana mereka masih lagi trauma dan terkejut dengan situasi yang menimpa mereka disamping kekangan kewangan yang mereka hadapi akibat bencana banjir ini.

Mana-mana pihak yang turut ingin menyumbang susu untuk anak-anak melalui Wildan Niaga bolehlah menghubungi pihak kami ditalian 019-9653166 kerana bantuan yang bakal anda salurkan sangat penting bukan sahaja untuk memastikan anak-anak tidak terputus bekalan makanan yang sihat bahkan dapat menguatkan antibodi mereka dan dapat mengelakkan penyakit-penyakit yang tidak diingini yang berisiko dijangkiti selepas bencana banjir ini. Bantuan dan sumbangan anda amat-amat kami hargai.

Bagi yang ingin ketahui lebih lanjut atau berminat dapatkan rangkaian Susu Kambing Wildan, layari laman web rasmi Wildan Niaga dan Facebook Wildan Susu Kambing atau dapatkan produk Susu Wildan melalui WhatsApp di pautan INI.

Eyla Azri