Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan pembatalan sambutan Tahun Baru pada esok hari, lapor Bernama Radio.
Sebaliknya, sambutan akan diganti dengan solat hajat dan doa selamat bagi menghormati nasib mangsa-mangsa banjir yang melanda negara baru-baru ini.
Program tersebut akan diadakan pada jam 7 malam esok di Masjid Putra, Putrajaya.
Lantaran itu, tiada sebarang permit diluluskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi sambutan ambang tahun baru pada malam esok.
Sambutan Tahun Baharu batal, diganti dengan solat hajat dan doa selamat sebagai menghormati, bersimpati dengan mangsa banjir – PM @IsmailSabri60 pic.twitter.com/EddI0QjUnE
— BERNAMA Radio🇲🇾 (@bernamaradio) December 30, 2021
Tiada sebarang permit diluluskan sempena sambutan ambang tahun baharu malam esok – Bukit Aman pic.twitter.com/0KxC9sumQG
— BERNAMA Radio🇲🇾 (@bernamaradio) December 30, 2021
Sumber: Bernama Radio