Siakap Keli
Gambar: TikTok @ezahkhalid

(Video) Jadi Elok & Kemas, Ini Cara Mudah Lipat Jersey Supaya Tak ‘Terburai’

Kain baju jersey selalunya menggunakan material yang lembut dan licin. Tetapi tak di nafikan keselesaan pemakai kerana kain yang di gunakan sangat meresap peluh dan cepat kering.

Tetapi, korang tahu tak yang nak lipat baju kain jersey ni susah. Sebab material kain yang licin selalunya, bila dah siap lipat baju mesti akan terburai semula. Jadi rasa penat dan sia-sia kan lipat.

Sebabkan masalah yang satu ini, seorang pemilik akaun TikTok @ezahkhalid telah berkongsikan video cara dia melipat baju berkain jersey.

Ekoran dari soalan seorang penonton yang menonton videonya sebelum ini, dia pun tunjukkan cara yang memang confirm tak terburai lah baju jersey itu.

Pemilik menunjukkan cara dia melipat baju tersebut dengan melipatkan sedikit bahagian bawah jersey kemudian baju tersebut di lipat dua dari kiri dan kanan secara bertentangan.

Langkah yang membuatkan bajujersey tersebut tidak akan terbuka kembali selepas dilipat adalah dengan ‘membungkus’ baju tersebut.

Selepas baju tersebut di lipat kemudian masukkan bahagian yang lebih panjang ke dalam bahagian yang ada ruang untuk diselitkan. Dengan itu, baju jersey anda akan lebih kemas dan tidak akan mudah untuk terbuka lipatannya.

Anda boleh rujuk video di bawah untuk melihat cara lipatan dengan lebih jelas dan mudah:

@ezahkhalid

Reply to @azielaali lipat jersey cara saya 🥰#tipslipatbaju #jersey #tiktokwife #bajujersey

♬ Seribu Kemanisan – Siti Nurhaliza

Melihatkan kekreatifan pemilik, ramai warganet turut mengagumi cara lipatan yang dia tunjukkan:

Kredit: TikTok @ezahkhalid
Kredit: TikTok @ezahkhalid
Kredit: TikTok @ezahkhalid
Kredit: TikTok @ezahkhalid

Sumber: @ezahkhalid

 

Zahirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.