Siakap Keli

(Video) Siren Dibunyikan, Viral Dipercayai Air Sungai Tembeling Melimpah & Arus Deras

Hujan berterusan yang melanda Pahang sejak pagi tadi menyebabkan aras air di Sungai Tembeling melimpah.

Menerusi perkongsian video seorang pengguna Twitter, siren di kawasan Hulu Tembeling telah dibunyikan dipercayai sebagai amaran bahawa air sudah semakin tinggi. Kawasan berdekatan juga dilihat mula ditenggelami air dalam keadaan hujan yang berterusan.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat yang berterusan di negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu sehingga esok (Jumaat).

Selain Jerantut, antara daerah yang diramal dilanda cuaca buruk itu ialah Kuantan, Maran dan Pekan.

Memetik laporan Bernama keadaan hujan lebat yang berterusan itu disebabkan oleh luruan monsun yang dijangka berterusan hingga 3 Januari ini dan pada masa sama berlaku pembentukan awan hujan aktif di Laut China Selatan dan Laut Sulu.

Dalam pada itu, Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebelum ini meramalkan kemungkinan berlaku banjir secara berperingkat di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu (malam ini), manakala di Pahang dan Johor bermula esok).

Sumber: TunAbah_

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.