Siakap Keli

Bayar Bil Celcom Boleh Menang Kereta, Guna 3 Cara Ni

 

Kalau dulu-dulu korang mesti teringat kan betapa lecehnya cara nak bayar bil telefon korang, sebab kena pergi sendiri kat kedai lepas tu kena beratur panjang baru korang boleh berjaya bayar bil telefon korang tu. Haaa, tapi tu dulu lah ya. Sekarang ni, sebenarnya dah ada macam-macam teknologi maju yang korang boleh guna untuk memudahkan proses untuk topup kredit korang. Betul punya senang dah ni. Guna cara online je, semua proses rumit boleh settle dan jadi pantas. Sambil-sambil korang buat transaksi online tu, korang jugak boleh menang pelbagai jenis hadiah yang lumayan tau.

Kalau korang masih tak tahu lagi, peluang keemasan untuk menang pelbagai jenis hadiah bila korang melakukan apa-apa transaksi dengan aplikasi ‘Celcom Life’ tau sebenarnya. Bayar bil, topup, beli Internet bulanan dan banyak lagi ni dah semestinya korang buat secara mingguan atau pon bulanan kan. Haa, jarang-jarang berlaku ni, baik korang baik rebut peluang macam ni. Mana tahu kan rezeki korang pula nak dapat pelbagai jenis hadiah yang menarik ni. Takkan korang tak nak kan kalau dapat menang kereta baru untuk diri sendiri. Tak sangka kan semudah tu je nak dapat hadiah yang mahal dan best-best ni.

Dengan aplikasi ‘Celcom Life’ yang pelbagai fungsi ni, korang boleh menguruskan pelan dalam phone, semestinya untuk topup kredit, bayar bil, beli Internet bulanan/tambahan dan juga sebagainya. Untuk start join, korang sendiri perlu memuat turun aplikasi ‘Celcom Life’ tu dalam phone dan buat semua transaksi dalam aplikasi tu untuk mendapatkan penyertaan dan bertanding untuk memenangi semua hadiah menarik tu tau. Semua orang tau boleh join, tak kisah la pengguna semasa aplikasi ‘Celcom Life’ atau pon pengguna baharu, termasuk dengan pengguna Pascabayar dan juga Prabayar, yang penting kena muat turun dulu aplikasi ‘Celcom Life’ ye korang.

Cara Penyertaan

  1. Muat turun & buka aplikasi ‘Celcom Life’.

  2. Bayar bil / tambah nilai / beli alat tambah dan banyak lagi.

  3. Peroleh lebih banyak penyertaan dengan berbilang transaksi untuk peluang yang lebih besar untuk menang.

Semua transaksi yang korang buat menggunakan aplikasi ‘Celcom Life’ tu meningkatkan lagi peluang untuk korang menang hadiah-hadiah yang sangat berbaloi tau. Banyak kali dah ulang pasal hadiah menarik ni kan, tapi mesti korang nak tau jugak kan apa la hadiahnya. Hadiah-hadiah tersebut adalah seperti di bawah ni. Best betul kan!

Hadiah Untuk Dimenangi

Betul kan banyak hadiah-hadiah menarik. Dah la cara nak menang pon sangat senang. Semua benda buat di hujung jari je. Tak perlu nak ke mana-mana. Apa lagi korang, join cepat-cepat dan start sekarang untuk mula mengumpul mata penyertaan korang dalam aplikasi ‘Celcom Life’ tu. Untuk maklumat lanjut, korang boleh terus ke laman web Celcom. Korang boleh muat turun aplikasi Celcom Life di sini sekarang!


Nor Fakhry