Siakap Keli
Gambar Hiasan: Bernama

Dua Sungai Di Kelantan Telah Melebihi Paras Bahaya Pagi Ini

Dua sungai di Kelantan iaitu di kawasan Machang dan Tanah Merah telah melebihi paras bahaya dengan kedua-duanya terus menunjukkan trend peningkatan, pagi ini.

Menerusi maklumat di portal Public Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Kampung Temangan di Machang merekodkan bacaan terkini pada paras 19.71 meter (m), melebihi paras bahaya 17.5m pada jam 10.15 pagi.

Manakala Sungai Golok di Kampung Jenob di Tanah Merah, merekodkan bacaan 23.53m, melebihi paras bahaya 23.5m pada jam 10 pagi.

Selain itu, sembilan sungai lain di beberapa negeri pula sudah melebihi paras amaran, iaitu dua di Kelantan, dua di Pahang, empat di Terengganu dan satu di Melaka.

Dua sungai Kelantan iaitu Sungai Kelantan di Kuala Krai mencatatkan paras 24.81m melebihi paras amaran 22.5m, serta di Kusial, Tanah Merah mencatatkan paras 14.49m melebihi paras amaran 14m di mana menunjukkan trend peningkatan.

Di Pahang, Sungai Tembeling di Kampung Merting, Jerantut mencatat bacaan 56.83m melebihi paras amaran 56m dan Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran pada bacaan 27.45m melebihi paras amaran 27m dan kedua-dunya terus meningkat.

Dua sungai di Terengganu iaitu Sungai Besut di Jambatan Keruak, Besut mencatatkan bacaan 34.51 dan Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu mencatatkan bacaan 20.08m, melebihi paras amaran tetapi berada dalam pola menurun.

Dua lagi sungai di negeri tersebut iaitu Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja mencatatkan bacaan 36.88m serta di Kuala Jengai, Dungun 20.84m melebihi paras amaran dan terus mencatatkan pola meningkat.

Di Melaka, satu lagi sungai yang melebihi paras amaran adalah Sungai Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah di mana mencatatkan bacaan 1.82m, dengan pola menurun.

Dalam masa yang sama, lima sungai lain di Kelantan, Pahang, Johor, tujuh sungai di Terengganu dan dua di Sarawak mencatat bacaan melebihi paras waspada.

Sumber: publicinfobanjir.water.gov.my

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.