Siakap Keli
Kredit : Daily Mail

Gigit Tangan Tukang Cuci Zoo, Harimau Malaya Terpaksa Ditembak Mati

Seekor harimau Malaya ditembak mati selepas menyerang dan menggigit lengan seorang tukang cuci zoo ketika memasuki kandang tersebut, lapor The Mirror.

Kejadian berlaku di Zoo Naples di Florida, Amerika Syarikat sekitar jam 6.30 petang.

Berdasarkan laporan, seorang pegawai polis ‘dipaksa’ untuk membunuh harimau jantan bernama Eko apabila mendapati  haiwan tersebut menggigit lengan lelaki berusia lingkungan 20-an.

Menurut Pejabat Sheriff Collier Country, pekerja tersebut dikatakan telah melakukan aktiviti yang tidak dibenarkan dan berbahaya seperti membelai atau memberi makanan kepada haiwan terancam itu.

Kredit : The Mirror

Lelaki tersebut dipercayai sebahagian daripada syarikat yang dikontrak untuk melakukan kerja pembersihan tandas dan kedai cenderahati di zoo berkenaan, lapor ABC News.

“Laporan awal menunjukkan bahawa harimau itu menangkap lengan lelaki itu dan menariknya ke dalam kandang selepas dia melintasi penghadang pagar utama dan meletakkan tanggannya di pagar berkenaan”, jelas pegawai sheriff.

Tukang cuci itu terus digegaskan ke unit kecemasan Hospital Memorial Lee dengan menaiki ambulans udara.

Harimau Malaya itu dilaporkan telah mati akibat ditembak dan berundur semula ke kandangnya. Pihak zoo telah mengesahkan kematian haiwan tersebut selepas menerbangkan drone ke dalam kandangnya.

Kata pejabat sheriff, haiwan tersebut sempat dibius oleh doktor haiwan apabila berasa selamat untuk berbuat sedemikian.

Harimau Malaya itu dikatakan telah ditempatkan semula ke Zoo Naples dari Zoo Woodland Park di Seattle pada Disember 2019 dan merupakan tarikan popular pengunjung zoo tersebut.

“Eko merupakan duta besar untuk spesisnya. Apabila pengunjung datang melihatnya, kami berharap mereka akan suka dan ingin mengetahui bagaimana spesis tersebut melakukan peranannya untuk bertahan dalam kehidupan liar.”

Sumber : The Mirror

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.