Siakap Keli

“Rasa Macam Nak Give Up Dalam Bisnes.” Rupanya Tak Buat ‘Benda’ Wajib Yang Ramai Selalu Lupa

Bila kita berniaga ni dan dah dapat merasa sedikit keuntungan. Perkara yang paling kerap kita ambil mudah adalah mengeluarkan zakat perniagaan. Samalah macam aku, mula-mula berniaga dulu. Aku mula berniaga secara online dengan menjual alat ganti kereta sejak 5 tahun yang lepas. Tapi baru aku sedar, nak keluarkan zakat selepas dua tahun lebih aku berniaga.

Korang semua mesti tahukan zakat ni dah termaktub dalam Rukun Islam. So, memang wajib untuk kita sama-sama tunaikan zakat. Awal-awal dulu aku berniaga banyak betul masalah yang aku hadapi. Fikiran aku jadi SEMAK! Sampai satu masa aku rasa nak mengalah dah. Tapi mujur Allah ada. Tetiba hantarkan kat aku seorang kawan dengan soalan, “Kau dah bayar zakat ke belum?, niaga-niaga juga zakat jangan lupa beb!”

Aku bagaikan tersentak kejap masa tu. Aku terdiam dan kawan aku tu senyum je. Lepas tu dia ceritakan kat aku tentang zakat perniagaan ni. Benda pertama kena tahu ialah Syarat Wajib untuk tunaikan zakat perniagaan. Memang agak serius, bukan biasa-biasa kira. Tapi aku anggap kita kira betul-betul ni untuk Allah. Insha’ Allah, Allah akan bantu kita punya.

Syarat Wajib Zakat Perniagaan:

 

  1. Tapi jika perniagaan yang mempunyai pemilikan bercampur antara Muslim dengan bukan Muslim, hanya bahagian pemilikan dan kepentingan orang islam sahaja yang dikenakan zakat.
  2. Sempurna Milik. Harta yang dikenakan zakat mestilah ada kesempurnaan dari segi pemilikan (hak milik aset) dan keupayaan mengurus (penggunaan tanpa batas) iaitu mempunyai kuasa penuh ke atas harta.
  3. Cukup Nisab. Paras minima yang menentukan sama ada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan zakat. Nisab adalah bersamaan dengan nilai 85 gram emas semasa.
  4. Cukup Haul. Genap setahun perniagaan. Penentuan sama ada wajib zakat atau tidak adalah dengan melihat kepada seluruh harta perniagaan di akhir haul yang mesti mencapai atau melebihi nisab.
  5. Niat Berniaga. Jika seseorang yang menternak kambing dan lembu dengan niat sebagai aset perniagaan atau menjadi komoditi perniagaan atau misalnya sebagai sumber penghasilan seperti lembu tenusu maka ia dikira sebagai zakat perniagaan bukannya zakat ternakan.
  6. Barang Perniagaan dan Perkhidmatan yang Halal. Perniagaan yang halal sahaja yang diwajibkan berzakat. Semua bentuk perniagaan yang haram, sama ada dari segi zatnya seperti arak dan khinzir ataupun perniagaan perjudian dan riba adalah tidak diwajibkan zakat.

Bila aku dengar je pasal syarat wajib tu. Memang dah sah aku wajib keluarkan zakat untuk perniagaan aku. Aku pun tanyalah kawan aku. Macam mana pengiraan dia pulak. So, ini ringkasan yang dia terangkan kat aku. Jika susah sangatpun, kalkulator zakat pun ada di portal Zakat Selangor.

Kaedah 1: Modal Kerja

[Aset Semasa – Liabiliti] x % Pemilikan Saham Muslim x 2.5%

*Sesuai digunakan bagi syarikat-syarikat seperti Syarikat Berhad, SDN BHD, Koperasi, Enterprise, Trading dan sebagainya di mana terdapat pengkelasan Aset Semasa dan Liabiliti Semasa.

 

Kaedah 2: Modal Berkembang

[Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang – Aset Tetap – Aset Separuh Tetap] x % Pemilikan Saham Muslim x 2.5%

*Sesuai digunakan bagi institusi Kewangan dan Perbankan Islam, Takaful dan Syarikat Berhad di mana tiada pengkelasan Aset Semasa dan Liabiliti Semasa.

 

Kaedah 3: Untung Rugi

[Hasil / Jualan / Perolehan – Belanja / Kos Yang Ditanggung] x 2.5%

*Kaedah ini boleh digunakan bagi mereka yang berniaga mengikut musim seperti berniaga Bazar Ramadan atau secara sampingan (part time)

Lepas aku dah faham semua benda, esok tu aku terus ke Lembaga Zakat Selangor untuk menunaikan apa yang wajib aku tunaikan. Staf Lembaga Zakat Selangor pun terus terangkan apa seperti mana kawan aku terangkan malam sebelum tu. Dalam hati aku, pandai gak kawan aku tu. Staf tu bagitau aku, sekarang nak bayar zakat tak payah datang kaunter atau cawangan pun boleh, bayar guna kad debit, kad kredit Islamik pun ada. Paling best di ada menu eZakatPay via FPX/Jompay/Touch N Go. Bayar online, lagi senang. Korang klik je LINK ni. Yang ni member aku tak cakap pulak. Mungkin dia tak tau kot. Dah selesai semua, aku pun balik.

Jujur cakap wei, lepas dari aku bayar zakat ni, aku rasa tenang je. Bisnes aku pun ok buat masa ini. Masalah tu masih ada, tapi taklah macam sebelum tu. Lebih kurang 3-4 bulan lepas tu, aku dapat pecah rekod jualan. Memang aku bersyukur sangat. Betul, Allah uji kita dengan masalah untuk tegur kita. Bila ingat ke dia, baru tau kebesaran-Nya. Semuanya ada hikmah yang menanti di depan. Jangan risau, Insha-Allah.

Korang kalau nak tau macam-macam info pasal zakat, korang boleh follow sosial media Lembaga Zakat Selangor di Instagram. Info agihan zakat pun akan dikemaskini di Instagram diorang. Kalau korang belum bayar zakat, tak payahlah susah-susah, lagi-lagi musim pandemik ni. Bayar je di fpx.zakatselangor.com.my

Bacaan khas buat pembayar zakat di Lembaga Zakat Selangor! Sambil bayar zakat dan berkongsi tu mana tau rezeki jatuh dari langit boleh menang sehingga RM17,000!

Tak susah pun lepas dah bayar zakat kat sini https://fpx.zakatselangor.com.my/

Scan kod QR👇👇👇untuk step selanjutnya atau klik link ini https://my2point5.zakatselangor.com.my/

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)