Siakap Keli
Foto : BERNAMA

Saranan Menganjurkan Solat Hajat Dan Doa Selamat Untuk Kesejahteraan Malaysia Menjelang Tahun Baharu

KUALA LUMPUR, 30 Disember 2021 – Menjelang ketibaan tahun baharu 2022, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyarankan agar semua masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan menganjurkan solat Hajat, bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat pada 31 Disember 2021 (Jumaat), selepas solat Maghrib bagi memohon perlindungan Allah SWT dan kesejahteraan untuk negara Malaysia khususnya warga Wilayah Persekutuan dalam menghadapi tahun baharu yang mendatang.

Marilah kita semua berdoa agar Allah SWT melimpahkan keamanan dan kemakmuran yang berpanjangan kepada negara Malaysia tercinta serta memelihara negara daripada segala musibah, bencana dan penularan wabak penyakit berbahaya. Zahirkanlah sifat kesyukuran di atas nikmat kurniaan Allah SWT dengan mengekalkan suasana keharmonian, kesepaduan dan keprihatinan dalam kehidupan bermasyarakat.

Sekian, terima kasih.

Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail
Pengarah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
30 Disember 2021

Siti Fatimah