Seekor lembu dilaporkan terperangkap di atas bumbung selepas ia mendaki timbunan salji yang disodok ke tepi bangunan untuk tujuan pembersihan jalan, memetik laporan Daily Mail.
Menurut laporan, salji turun dengan sangat lebat di bandar Tongliao, wilayah Timur China Inner Mongolia. Disebabkan itu penduduk di sana kemudiannya mengambil alternatif untuk menyodok salji ke tepi bangunan bagi membersihkan jalan.
Walau bagaimanapun, seekor lembu dengan sifat ingin tahunya dilaporkan telah mencuba untuk mendaki timbunan salji di tepi jalan itu lalu mengakibatkan dirinya terkandas di atas bumbung.

Hal ini menjadi lebih serius apabila lembu tersebut terperangkap di atas bumbung dan salji sudah mula mencair. Kejadian ini menyebabkan lembu itu enggan turun ke bawah.
Pemilik kepada lembu itu cuba untuk menggunakan forklift untuk membawa lembu tersebut turun ke bawah tetapi lembu itu malah melarikan diri ke bumbung lain.
Tambah laporan, mereka juga turut mengumpan lembu tersebut dengan memberikan jerami iaitu makanan lembu itu tetapi masih gagal.
Kemudiannya, orang ramai mula meninggalkan lembu tersebut untuk mengurangkan kerosakan bumbung lain daripada berlaku.
Akhirnya lembu itu dengan sendirinya turun ke bahagian bawah dengan melompat, dan lembu itu bernasib baik kerana tiada sebarang kecederaan yang berlaku.
Sumber: Daily Mail