Siakap Keli

(Video) Panik Penutup Tempat Isi Minyak Tak Boleh Buka, Ini Cara Mudah Nak Baiki

Bila memiliki kereta, kita perlu bersiap sedia dengan segala kemungkinan kerana ada sesetengah bahagian kereta yang mudah rosak jika tidak dijaga dengan sebaiknya terutama apabila sudah lama digunakan.

Ini termasuk di bahagian penutup tempat isi minyak yang tidak dapat dibuka dengan menggunakan fuel lever. Keadaan itu menyebabkan urusan untuk mengisi minyak tergendala atau tidak boleh dilakukan langsung.

Bagaimanapun, sebenarnya ada cara yang sangat mudah yang boleh kita cuba untuk menyelesaikan masalah ini.

Menerusi perkongsian Abang Comot di TikTok, penutup tempat isi minyak itu boleh dibuka semula apabila fuel lever ditarik dan dalam masa yang sama korang perlu mengetuk di bahagian penutup itu sehingga ia terbuka.

Setelah itu, korang perlu melihat sama ada switch lock di penutup itu berfungsi atau tidak.

Kalau nak faham lebih jelas, jom tonton video Abang Comot di bawah ini.

@abangcomot

Cara selesaikan masalah tempat isi minyak tak terbuka #tanyaabgcomot #tiktokguru #jombelajar #learnontiktok

♬ Dj BonBon Remix – 𝓕𝓱𝓪𝓪 🐝 || • 𝐍𝐏

Mudah kan? Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk korang.

Sumber: Abang Comot

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.