Siakap Keli

Video ‘Torture Test’ Jadi Bukti G-Shock Tahan Lasak, Jatuh Tempat Tinggi Pun Takde ‘Effect’

Mesti ramai yang tahu, jam tangan antara aksesori badan yang diperlukan sejak dahulu lagi untuk menentukan ketepatan masa. Bagi kebanyakan orang juga, jam tangan merupakan antara aksesori yang penting untuk dipadankan dengan pemakaian.

Namun, penghasilan jam tangan turut memainkan peranan penting dan selalunya bergantung pada pelbagai jenis bahan, dari aloi tradisional seperti keluli atau emas, hingga logam yang lebih menarik seperti titanium atau tantalum.

Kalau cerita tentang jam tangan, mestilah korang semua nak cari seutas jam tangan yang sememangnya tahan lasak untuk digunakan dalam jangka masa yang lama. Tak payah cerita panjang, sebut pasal jam tangan tahan lasak mesti korang dah terbayang jam tangan Casio G-Shock betul tak? Video ‘Challenge The Limits’ Casio G-Shock ini jadi bukti kenapa ramai yang pilih jam tangan G-Shock.

Melalui video di atas, ada beberapa sebab utama kenapa G-Shock jadi pilihan ramai iaitu:

  • Mampu bertahan jika ada impak gegaran (vibration).

  • Mempunyai kalis kejutan (shock resistance) seperti jatuh daripada tempat yang tinggi atau menerima hentakan.

  • Kemampuan bertahan di dalam air (200m).

  • Kalis terhadap elektrik berkuasa tinggi (high voltage electricity).

  • Mampu bertahan dalam suhu yang rendah atau cuaca sejuk.

Balik semula kepada penggunaan bahan, karbon menjadi antara komponen popular dalam penghasilan jam tangan yang juga disebut sebagai karbon fiber (carbon fibre) atau komposit karbon (carbon composite). Bahan ini pertama kali digunakan secara meluas dalam industri seperti aeroangkasa dan Formula 1 pada tahun 1980-an. Tetapi penggunaan karbon sebenarnya berasal dari Joseph Swan, yang menghasilkan karbon fiber sebagai filamen dalam mentol pada tahun 1860, idea yang kemudiannya dikembangkan pula oleh Thomas Edison.

Korang mesti tertanya-tanya, kenapa bahan karbon ini digunakan dalam penghasilan jam tangan? Menurut syarikat jam tangan terkemuka Casio, ada enam kelebihan yang boleh diperoleh kalau carbon digunakan dalam penghasilan jam tangan iaitu:

  1. Ketahan Yang Kuat (Hard) Kadar tidak elastik (inelastic rate) adalah 7 kali ganda berbanding besi

  2. Kekuatan Tegangan – Kekuatan tegangan 10 kali lebih banyak berbanding besi

  3. Ringan – Dengan berat yang jauh lebih ringan (1/4 besi)

  4. Mampu Menahan Perubahan Termal – Boleh bertahan dalam keadaan suhu yang seringkali berubah

  5. Ketahanan Lebih Lama Dari Segi Masa – Penggunaan karbon dalam jam tangan mampu membuatkan ianya bertahan lebih lama walaupun dimamah usia

  6. Ketahanan Terhadap Deformasi – Mempunyai kestabilan dimensi yang tinggi (high dimensional stability)

Edisi Terbaru Casio G-Shock GA-2200

Bercakap tentang jam tangan ‘carbon’, Casio bakal menampilkan edisi terbaru mereka dengan konsep Tough & Slim iaitu Casio G-Shock GA-2200. Diilhamkan daripada komponen kereta, tidak dinafikan ianya mampu mempengaruhi penampilan terutamanya apabila melakukan pelbagai aktiviti luar.

Ada empat jenis yang ditawarkan untuk korang pilih iaitu G-Shock GA2200-2A (turquoise), GA2200BB-1A (hitam), GA2200M-1A (kelabu dan turquoise), serta GA2200M-4A (oren) semuanya diperkuatkan dengan kandungan karbon fiber yang melindungi jam tangan tersebut sambil mengekalkan berat (57g).

Casing bagi setiap jam tangan ini adalah setebal 12.8mm menjadikannya edisi jam tangan paling nipis yang terdapat di pasaran. Setiap satu mempunyai 3D dial dengan reka bentuk Inset Dial Indicator yang diilhamkan daripada brake disc automotif.

Jika korang lihat reka bentuk bahagian luarannya pula, korang boleh jangkakan yang ianya sesuai untuk sebarang aktiviti luar. GA-2200 ini dihasilkan dengan pelindung teras karbon dan menggunakan konsep pembinaan tiga peringkat iaitu menggabungkan bezel, case belakang dan butang untuk mengurangkan case sehingga 12.4mm sahaja!

Ciri-ciri Casio G-Shock GA-2200

  • Mempunyai 31 zon waktu (48 bandar dan waktu keseluruhan yang diselaraskan)

  • Mempunyai Countdown Timer

  • Adanya lampu double LED

  • Kalendar automatik penuh (sehingga tahun 2099)

  • Stopwatch

  • Anggaran jangka hayat bateri: 3 tahun pada SR726W × 2

  • Mempunyai ciri peralihan tangan (hand shift feature)

  • 5 penggera setiap hari

Untuk ketahui lebih lanjut mengenai jam G-Shock GA-2200, korang boleh tengok video di bawah ini.

Berkenaan harga pula, G-Shock GA2200-2A dan GA2200BB-1A berharga RM579, sementara GA2200M-1A dan GA2200M-4A pula berharga RM599.

Kenal Pasti Produk Casio Yang Asli

Kita semua ambil maklum yang sekarang ni ada banyak  peniaga yang mengambil peluang menjual produk Casio tiruan terutamanya secara online. Bagi mengelakkan pembelian jam tangan tiruan, korang dinasihatkan membeli dari pengedar Casio yang sah di Malaysia iaitu Marco Corporation, dan untuk elak ragu-ragu terus sahaja ke kedai rasmi Casio di seluruh Malaysia seperti G-Factory & G-SHOCK Store, Lazada dan Shopee.

Sebabnya, ada kebaikan yang boleh diperoleh seperti penambahan jaminan 6 bulan dan jam tangan yang korang beli tu juga dijamin asli dengan adanya kad waranti special di dalam kotak jam.

Sebagai panduan, Marco Corporation adalah satu-satunya pengedar sah produk Casio di Malaysia. Semua produk yang dijual oleh Marco dilengkapi dengan Marco Warranty.

Kalau korang nak tahu, Marco Warranty ni dikenal pasti melalui Marco Warranty Card yang ada dalam produk (dalam kotak) semasa membeli. Itu menjadi bukti bahawa produk tersebut merupakan produk asli. Dengan merujuk kad tersebut, korang boleh daftar secara online di eWaranti Marco dan dapatkan keseluruhan waranti berjumlah 18 bulan (termasuk jaminan tambahan).

Jadi tunggu apa lagi? Cepat dapatkan edisi jam tangan Casio G-Shock GA-2200 idaman korang di pautan yang disediakan ini iaitu lokasi-lokasi kedai rasmi Casio seluruh Malaysia, atau secara online di Lazada dan Shopee!

Adib Mohd