Siakap Keli
Gambar: Anita Baharom

Suami Anita Baharom Meninggal Dunia Awal Pagi Ini

Pelakon, Anita Baharom berkongsi berita duka awal pagi tadi apabila suaminya, Ismadi Ismail dilaporkan meninggal dunia.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Anita memohon orang ramai mendoakan arwah suaminya itu, namun  dia juga tidak berkongsi lebih lanjut mengenai kematian tersebut.

“Dukacita saya memaklumkan bahawa suami tercinta, Ismadi Bin Ismail telah menghembuskan nafas terakhirnya awal pagi tadi, 1 Januari 2022 (Sabtu).

“Mohon doa dari saudara dan sahabat semua semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman,” katanya.

Bagaimanapun, Sinar Plus melaporkan bahawa Allahyarham yang mempunyai penyakit kencing manis telah dijumpai tidak sedarkan diri di ruang bawah rumah mereka.

Hasil perkongsian hidup bersama Anita, Allahyarham meninggalkan tiga orang cahaya mata iaitu Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Mikail.

Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan semoga Anita serta keluarganya terus tabah menghadapi ujian ini.

 

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anita Bt Baharom (@anitabaharom)

 

Sumber: Anita Baharom, Sinar Plus

Sofea

There's always another side to every story