Tak dinafikan kalau mesin basuh ‘buat hal’ memang akan memeningkan kaum wanita. Kena baiki cepat kalau tak mahu bertimbun baju di dalam bakul baju kotor.
Contohnya bila kita berdepan dengan masalah paip air mesin menjadi perlahan walaupun sudah dibuka sebesar-besarnya. Hal ini memang buat kita rasa geram sebab kerja mencuci akan menjadi terlalu lama.
Sebenarnya, kita boleh membaikinya sendiri. Ya, caranya sangat mudah dan tak perlu keluarkan wang belanja pun. Jadi, jom SK nak kongsikan satu video daripada laman Tiktok yang menunjukkan cara baiki sendiri saluran air mesin basuh jika tersumbat.
Seperti yang dipaparkan dalam video ini, pemilik laman Tiktok ini, Abah Yie hanya mencuci saluran yang menjadi perantara paip air dan mesin. Dia menunjukkan betapa banyaknya ‘daki’ yang menyebabkan saluran air tersumbat.
@abahyie tips ni tgk kt tiktok jgk .. mmg byk karat lekat kat filter weh
β¬ suara asli – XIβ’7 Prince Ugik π – πππππΈπ¦
Sumber: Abah Yie