Solat Jumaat merupakan ibadah wajib bagi kaum lelaki beragama Islam yang pada umumnya dilaksanakan di masjid atau tempat khas solat secara berjemaah.
Seperti namanya, solat Jumaat didirikan setiap hari Jumaat pada waktu Zohor dengan jumlah sekurang-kurangnya 40 orang jemaah lelaki baligh. Solat Jumaat turut didahului dengan dua khutbah khusus yang disampaikan oleh khatib.
Solat Jumaat ini mungkin sudah cukup umum, terutamanya untuk kaum Muslim. Pun begitu, ada satu momen bersejarah berkait ibadah solat Jumaat ini. Tahukah anda, solat Jumaat termegah pernah dihadiri 80,000 jemaah dengan barisan saf sepanjang empat kilometer?

Peristiwa solat Jumaat yang tercatat dalam sejarah ini berlaku pada 23 Mac 1453 semasa penaklukan Kota Constantinople oleh Sultan Mehmet II atau lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad al-Fatih.
Ketika itu, Sultan Muhammad al-Fatih bersama bala tenteranya dalam perjalanan dari Edirne menuju Constantinople. Saat hendak melakukan penyerangan terhadap tentera Constantinople pimpinan Constantine XI, pasukan Sultan Muhammad al-Fatih baik tentera pejalan kaki atau tentera berkuda sempat menunaikan ibadah wajib berkenaan terlebih dahulu.
Solat Jumaat ini ditunaikan di depan benteng Constantinople dengan jarak 1.5 kilometer. Barisan saf jemaah dicatatkan sepanjang empat kilometer, bermula dari Pantai Marmara hingga Selat Golden Horn di Utara.

Setelah itu, 80,000 bala tentera Muslim yang dipimpin oleh panglima muda berusia 23 tahun itu berjaya membolosi tembok pertahanan lawan dan Constantinople berhasil ditawan tentera Muslim. Kota Constantinople atau kini dikenali sebagai Istanbul pernah menjadi salah satu kerajaan terkuat dalam Empayar Uthmaniyah.
Sumber: Sindonews