Siakap Keli
Gambar: Anurag Dwary

(Video) Detik Cemas Budak 4 Tahun Dikepung Sebelum Diserang Anjing Liar, Tak Berdaya Nak Melawan

Seorang kanak-kanak berusia empat tahun mengalami kecederaan parah selepas diserang sekumpulan anjing liar, memetik laporan India Times.

Menurut laporan, kanak-kanak perempuan berusia empat tahun itu dikejar, ditarik dan kemudiannya digigit oleh sekumpulan anjing liar itu.

Kejadian ini dilaporkan berlaku di ibu kota Madhya Pradesh, Bhopal. Sebuah rakaman CCTV berjaya merakam kejadian menggerunkan itu.

Anjing-anjing itu dikatakan tidak lagi menyerang kanak-kanak itu hanya selepas mereka dihalau oleh orang yang lalu di kawasan itu.

Sejurus kejadian kanak-kanak itu dimasukkan ke hospital akibat kecederaan parah.

Tambah laporan, gadis itu merupakan anak kepada seorang buruh. Pada masa kejadian dia sedang bermain di luar rumahnya dan diserang oleh sekumpulan anjing liar itu.

Anjing-anjing itu dilaporkan telah menggigit bahagian kepala, perut dan kaki kanak-kanak kecil itu.

Rakaman video yang dikongsikan memaparkan saat di mana kanak-kanak tersebut ditarik oleh anjing-anjing liar dan diserang tanpa belas kasihan.

Serangan itu berlaku secara berterusan selama beberapa minit sebelum seorang penjalan kaki menyelamatkannya dan menghalau anjing-anjing itu.

Laporan mengatakan, pada tahun lalu, seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun turut diserang setengah dozen anjing liar di hadapan ibunya.

Sumber: India Times, Anurag Dwary

 

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.