Siakap Keli

(Video) Nak Pasang Aircond Tapi Tak Tahu Berapa ‘Horsepower’ Nak Guna? Ini Cara Kiraan Yang Betul

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebelum ini kalau rumah yang ada penyaman udara sudah dianggap sebagai satu kemewahan. Tetapi kini, penyaman udara telah dikategorikan sebagai salah satu keperluan untuk kebanyakan rumah di Malaysia atas faktor cuaca panas yang tidak menentu. Tambah pula, rumah yang mempunyai anak kecil dan warga emas.

Oleh sebab itu, pemasangan penyaman udara di ruang tamu atau bilik tidur untuk memberi keselesaan kepada kita dan seisi keluarga.

Namun, masih ramai yang tidak mempunyai maklumat yang jelas tentang saiz penyaman udara yang sesuai dengan keluasan sesuatu kawasan di dalam rumah kita. Jika tersalah pasang saiz kapasiti kuasa (HP) dengan saiz ruangan mungkin akan mengakibatkan kawasan tersebut kurang sejuk dan meningkatkan kos elektrik.

Jadi, SK nak kongsikan dengan korang semua tentang saiz penyaman udara yang sesuai yang dikongsikan oleh pemilik akaun Tiktok Techmaster.my.

“Nak pasang aircond tapi tak tahu berapa horsepower yang nak digunakan?”

Seperti yang dikongsikan dalam video di bawah menunjukkan pengiraan horsepower sebuah penyaman udara dengan keluasan kawasan bilik. Sebelum itu, dua perkara penting korang kena tahu iaitu faktor kuasa bersamaan 80 dan 1.0HP bersamaan dengan 9,000 btu.

@techmaster.my

Saiz Aircond Sesuai? #fyp #foryou #viral

♬ original sound – TechMaster – TechMaster

 

Sumber: Techmaster.my

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.