Bila ada ayat atau perkataan yang nak diterjemahkan, mesti kebanyakan daripada kita automatik bukak Google translate kan?
Tak dinafikan, menterjemah dengan cara ini boleh dikatakan mudah kerana kita tak perlu muat turun apa-apa aplikasi atau software. Bagi yang sentiasa ada capaian internet, mungkin tak menjadi masalah untuk terjemahkan perkataan di Google translate.
Pun begitu, cara ni mungkin kurang praktikal untuk translate ayat yang panjang sampai satu dokumen, tambahan pula dengan capaian internet yang kurang stabil. Ha kalau korang nak tahu, ada lagi alternatif lain yang boleh korang guna untuk terjemahan.
Rata-rata daripada kita mungkin familiar atau dah selalu guna software Microsoft Word. Selain berguna untuk memudahkan kerja-kerja berkait dokumen bertulis, di Microsoft Word ni juga ada ciri khas untuk terjemahan tau. Siap boleh pilih macam-macam bahasa lagi.
Melalui sebuah video yang diunggah di TikTok, lelaki yang dikenali sebagai Cikgu Habib ni kongsi trick mudah terjemah ayat di Microsoft Word. Video ini sempat mendapat perhatian warga net sehingga ditonton sebanyak 170.3 ribu kali di TikTok setakat ini.
Nak tahu lebih lanjut macam mana cara translate ayat guna Microsoft Word, ikuti video penuh di bawah ini.
@cikguhabib Trick MICROSOFT WORD yg ramai tktahu! 🤩 Apa pendapat korg?? #TikTokGuru #TahukahAnda #JomBelajar #LearnOnTikTok #ipgstudent #pctrick
Sumber: TikTok Cikgu Habib