Boleh dikatakan kebanyakan kanak-kanak yang mengidap autisme seenarnya lambat untuk diagnos. Walaupun begitu, tugas ibu dan bapalah yang penting untuk mengesan beberapa ciri autism yang ada pada anak-anak.
Untuk pengetahuan anda, autism ini merupakan satu keadaan yang memberi kesan kepada tiga kompenan iaitu komunikasi, tingkahlaku dan sosial individu yang mengalaminya.
Namun, sekiranya ibu bapa dapat mengesan lebih awal tanda-tanda anak mungkin mengalami kondisi ini, boleh segera berjumpa dengan doktor bagi mendapat rawatan selanjutnya. Bagaimana cara untuk mengenalpasti?
Jadi, salah seorang doktor yang merupakan pakar kanak-kanak, Dr Redza Zainol berkongsi beberapa ujian yang dilakukannya kepada sepasangan suami isteri bagi mengesan anak mereka mendapat autism atau tidak.
“Mereka nampak lega. Akhirnya mereka dapat jawapan yang di cari bertahun lamanya. Disahkan kanak-kanak Autism. Bermula sejak usia 3 tahun, anak mereka dikesan lambat bercakap.”
Beratus terapi dah pergi, kemajuan memang ada tapi masih terasa anak mereka sedikit luar biasa berbanding dengan kanak-kanak yang lain. Tahun ni pula dah masuk darjah 1. Makin lama, jurang antara anak dan kawan sekelas makin ketara.
Pada hari tu, ada banyak penilaian yang dibuat oleh doktor pakar. Tapi yang saya nak kongsikan cuma 4 ujian ni.
1. Di minta ceritakan apa yang dilihat dalam gambar yang penuh dengan muka manusia dan haiwan.
- Bila anak ni tengok gambar, dia terdiam untuk satu tempoh yang lama.
- Kanak kanak autism akan jadi sangat keliru untuk bercerita bila dia terima terlalu banyak maklumat.
2. Gambar orang terkejut.
- Dalam gambar ni, dia tak dapat “tangkap” riak wajah manusia yang terkejut. Itulah kanak-kanak autism.
- Mereka tak dapat lihat ekspresi muka manusia yang ada disekeliling mereka.
- Mereka tak tahu kita sedih, marah, atau terkejut.
3. Diberi mainan puzzle.
- 2 puzzle sengaja disembunyikan. Tujuannya kami nak lihat cara dia minta sesuatu dari kami.
- Dia tak mampu nak bertanya secara terus tapi menggunakan ibunya sebagai pengantara.
4. Bercerita berdasarkan gambar.
- Semasa dia bercerita, kami sengaja hilangkan diri kami. Dia tak perasan doktor dah hilang dan terus bercerita hingga tamat.
- Kanak-kanak autism tak kisah jika mak ayah mereka hilang di tempat awam. Mereka tak ada rasa takut kehilangan tu.
Di hujung konsultasi, doktor pakar kata begini.
“Walaupun dia ni kanak kanak Autism, tanamkan dalam fikiran yang dia ni normal.”
Mak ayah saling memandang. “Apa maksud saya dia ni normal?
Pada kaca mata si anak, nak bercakap tak pandang mata tu normal. Dalam dunia dia, itu normal. Soalan yang mungkin dia tertanya-tanya setiap hari ialah kenapa nak bercakap kena pandang mata dia. Yang berbeza cuma cara fikir mereka. Cara fikir mereka ialah minoriti.
Cara fikir kita pula ialah majoriti. Nak tak nak, dia kena belajar macam mana nak teruskan hidup dengan cara fikir kita yang majoriti ni. Di sinilah besarnya peranan terapi untuk anak. Ada juga modul terapi untuk mak ayah yang mengajar cara mengurus anak berkeperluan khas ni.
Begitu rupanya. Saya pun sama belajar. Kalau kalian terjumpa kanak-kanak yang lambat perkembangan, sebutlah kata-kata yang baik pada anak tu dan keluarga mereka.
Anak autism bukan salah mak ayah. Ia kurniaan Allah. Raikan mereka dengan layanan seikhlas mungkin.
Sumber: Dr Redza Zainal