Zaman dunia yang maju kini, bermacam-macam mesin canggih yang telah diciptakan oleh manusia dari sekecil-kecil elektronik hinggalah yang besar. Dan yang paling wajib ada dalam setiap rumah tidak kiralah bujang atau sudah berumah tangga pastinya mesin cuci pakaian dan juga pemgering pakaian.
Mana tidaknya ia menjadi suatu perkara yang wajib, orang sekarang semuanya sibuk bekerja dari siang hingga malam, malam ke siang. Ada juga yang boleh dikatakan pergi gelap dan balik pun gelap. Jadi semestinya mesin cuci pakaian dan pengering sangatlah wajib untuk menjimatkan masa yang ada.
Tapi korang tahu tak? menurut pengguna Facebook yang menggunakan nama @Abe Mat, rupa-rupanya terdapat 3 jenis pengering yang berbeza harga dan semestinya kualiti yang juga berbeza. Berikut senarai jenis pengering dan juga jangkaan harga.
1. Vented
Dengan harga yang murah dalam jangkaan RM800 atau lebih. Menurut Abe Mat, pengering jenis vented ini harus ditempatkan di luar rumah oleh sebab ianya perlu mengalirkan wap air. Sekiranya rumah mempunyai saluran untuk wap air tersebut disalurkan ke luar, boleh lah di letkkan di dalam rumah.
Jenis vented dryer: https://shp.ee/hdjwmzz
2. Condenser
Harga yang agak mahal dari jenis vented dengan harga 1200 ke atas, jenis condencer ini tidak perlu diletakkan di luar rumah kerana wap tersebut akan bertukar menjadi air dan akan di simpan di dalam bekas yang tersedia pada mesin. Namun, setiap kali selesai menyuci pakaian, kita sendiri perlu buang air tersebut. Daripada segi penggunaan elektrik pula, menurut Abe Mat, jika penggunaannya setiap hari, mungkin bil elektrik akan naik sehingga RM15 hingga RM20.
Jenis condenser dryer: https://shp.ee/dgkd9dz
3. Heat pump
Konsep yang masih sama seperti condenser tapi lebih power dan berkesan sesuai dengan harganya yang mahal. Menurut Abe Mat, sepanjang pencarian yang beliau buat semuanya mencecah lebih RM2000. Yang menariknya, setiap penggunaan 800 watt bil elektrik hanya naik hanya RM5 dan jika 2 kali sehari digunakan, bil elektrik hanyalah RM2.50 sebulan. Sangat berbaloi dari segi penjimatan elektrik.
Jadi ketiga-tiga versi pengering ini ada kelebihan dan pilihlah yang terbaik. Mungkin ada yang akan tertanya-tanya “tak kedut ke guna mesin pengering?”. Jangan riasu, ada juga jenis mesin pengering yang mempunyai sistem ‘anti wrinkle’ dan yang penting ianya juga mampu untuk memerangkap habuk. Siapa je yang tak nak kerja mudah kan? Picit-picit, kering, boleh terus simpan dalam almari, tak perlu tunggu depan mesin pun. Ok korang dah boleh start survey harga, pilihlah yang terbaik.
Sumber: Facebook Abe Mat